Saturday 10 October 2015

Zaman Yang Berlalu

Teks : Iliza binti Ibrahim

Petang tadi, selepas zohor aku melayan radio sinar.  Sambil menutup mata, fikiran tiba-tiba pergi ke zaman silam.  Zaman kanak-kanak. 

Alangkah indahnya waktu itu, tidak punya masaalah.  Tugas kita waktu itu hanya perlu belajar. Tetapi paling banyak acara main.  Tepat pukul lima petang barulah kami adik beradik akan dilepaskan dari rumah.  Macam kambing terlepas dari kandang.  Masing-masing pergi mencari kawan.  Maklumla, adik aku lelaki.  Bila jumpa kawan, mula merancang, nak main masak-masak atau nyanyi-nyanyi. 

Sempatlah lepas gian sampai berpeluh-peluh.  Bau pun jangan cerita.  Sebelum pukul tujuh petang, kami perlu balik ke sarang, kalau tak merasala bulu ayam kat kaki.  

Zaman sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi.  Hargailah waktu yang ada sekarang, supaya ianya akan menjadi kenangan yang indah untuk masa hadapan.  Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment