Monday 12 October 2015

Pelik

Teks : Iliza binti Ibrahim

Alhamdulillah

Aku rasa hairan dan pelik dengan diri sendiri.  Kalau nak tahu, aku ni perahsia orangnya.  Aku tak banyak cakap (pengakuan dari kawan-kawan atau saudara mara).  Selalunya aku akan mengeluarkan beberapa patah je perkataan tapi akan menyebabkan mereka terkedu atau ketawa terbahak-bahak. Selalunya ketawala sebab kalau boleh aku tak nak menyakitkan hati sesiapa sebab aku akan lebih terluka jika melukakan hati orang.

Aku terkejut ketika menerima tugasan untuk menyiapkan 44 entri dalam penulisan.  Alamak, nak tulis apa ni.  Rasa macam nak tarik diri.  Kalau tarik diri, aku rugi.  Bukan senang nak dapat ilmu. Tambahan pula bayaran untuk menyertai kelas blog ni tidak semahal kelas-kelas blog lain yang mencecah ribuan ringgit.  Aku perlukan guru.  

Dalam 'Face Book' (FB) pun aku jarang berkongsi cerita.  Selalunya yang memasukkan gambar aku kat FB saudara mara atau adik beradik.  Pening kepala aku memikirkannya.  Nanti semua orang tahu cerita aku.  Nanti ada orang yang tidak suka pada aku.

Aku tidak suka ditenung.  Tambahan kalau pergi ke restoran atau mana-mana tempat yang ada orang ramai.  Kalau ke kedai makan, dari kita memarkir kereta, keluar sehingga duduk dimeja.  Tenung. Tiba-tiba rasa macam aku ni makhluk asing.  Kalau boleh aku nak jadi orang ghaib.  Begitulah aku.

Tapi bila dah mula menulis, rasa seronok pulak.  Walaupun aku rasa ayat aku kaku.  Takpelah, aku cuba sebaik yang mungkin.  Selepas menyiapkan entri  Catatan Perjalanan ke Medan, rasa macam tak percaya, aku boleh berkongsi cerita dan gambar.  

Lagipun siapalah aku yang memaksa supaya orang suka pada kita.  Sedangkan Rasulullah yang maksum pun ada orang tidak suka, apalah lagi aku manusia biasa yang tidak punya apa-apa.  Kata-kata inilah yang aku pegang sehingga aku kuat untuk berkongsi cerita dengan insan yang sudi membaca.

Allahuakbar. 

No comments:

Post a Comment