Novel Saga
Abdul Talib Hassan
Tahun 1981, aku mula diperkenalkan dengan novel Saga - Pemenang Hadiah Novel Gapena Tahun 1976. Novel ni kepunyaan makcik aku. Masa tu aku masih lagi bersekolah rendah.
Sebelum tu aku memang hantu buku cerita, tapi cerita-cerita penyiasatan kanak-kanak seperti siri Salma atau Nancy Drew, Enid Blyton, buku-buku karangan Norhayati Ibrahim, Dongeng dari India, Jepun, China dan bermacam-macam buku cerita lagi. Tiap-tiap minggu mesti ada sahaja buku yang aku pinjam daripada perpustakaan. Tidak cukup perpustakaan disekolah, perpustakaan bergerak pun jadi mangsa aku. Kadang-kadang ketika cuti sekolah, abah aku akan bawa kami tiga beradik ke perpustakaan dipejabatnya.
Selepas mengenali novel Saga, aku sudah tidak pandang lagi buku cerita kanak-kanak. Aku jadi pemburu novel-novel Abdul Talib Hassan.
![]() |
Abdul Talib Hassan Gambar ehsan dari goodreads |
No comments:
Post a Comment