Friday 9 October 2015

Imam Besar

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hari ini Jumaat, 9 hb Oktober 2015, solat Jumaat dikaca televisyen disiarkan secara langsung dari Masjid Negara yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara iaitu Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Mengimbau kembali tahun 2009,  ketika itu aku bertugas di Unit Naziran disalah satu jabatan kerajaan.  Ketika itu, kami diarahkan untuk membuat naziran berkaitan dengan dokumen kewangan dan sistem di Bahagian Kewangan Masjid Negara.

Awal pagi, kami bertiga tiba ditempat yang diarahkan.  Kami ditempatkan dibilik yang telah disediakan dokumen-dokumen yang perlu kami semak.  Ketika kami sedang berkira-kira untuk memulakan kerja, kami didatangi oleh insan yang sangat saya kagumi iaitu Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.  Beliau bersama seorang kakitangan datang ditempat kami sambil tersenyum.  Beliau bertanyakan samaada selesa atau tidak tempat yang disediakan, beliau meminta kakitangannya meraikan kami sebagai tetamu.

MasyaAllah, kami tidak menyangka begitu merendah diri seorang insan yang patut dicontohi.
Tidak dinafikan, kami selesa dan seronok ketika bertugas bersama-sama kakitangan yang banyak membantu kami selama tiga hari di Masjid Negara.

Masa yang berlalu tidak akan kembali.  Semoga hari yang mendatang lebih baik lagi.  Amiiin.

No comments:

Post a Comment