Wednesday 28 October 2015

Ketabahan Seorang IBU

Teks : Iliza binti Ibrahim

Saat aku menulis, ibu masih lagi di dalam wad.  Semalam, ibuku dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas.  Tidak pernah ibuku sakit sedemikian rupa.  Badan tiba-tiba bertukar biru.  Sukar bernafas. Lantas ibu terus dibawa ke hospital dibahagian kecemasan.  Kami menunggu dengan cemas.  tak putus-putus berdoa.  Kesian ibu.  Jasa beliau tidak terbalas.

Aku masih ingat lagi, ketika itu, aku berusia tujuh tahun.  Satu malam, aku tertidur awal tanpa sempat menjamah hidangan malam.  Mungkin kepenatan.   Sedang dibuai mimpi, tiba-tiba aku tersedar dari tidur.  Perut berkeroncong.  Aku kejutkan ibu.  "Saya lapar," rintihku pada ibu.  "Lapar...tunggu kejap ye," kata ibu.  Sambil menyanggul rambut, ibuku bangun.  Terus ke dapur, aku membuntuti ibu. Berteleku di meja.  Ibu terus capai periuk dan masak nasi serta menggoreng telur.  Malam tu aku makan nasi lauk telur campur kicap.  Macam orang bangun sahur.  Betapa sabar seorang ibu melayan kerenah anak.  

Setelah selesai pemeriksaan, ibu disahkan terkena jangkitan paru-paru berkuman dan jantung bengkak.  Allahuakbar.  Ya Allah, tabahkanlah hati ibu.  Panjangkanlah umur ibu. Berkatilah usia ibu.   Ya Allah, pindahkanlah sakit itu padaku.  Biar aku yang menanggungnya.  Aku tidak kuat menatap wajah ibu.  Air mata pasti menitis.  Aku perlukan doa dari seorang ibu. Aku memang rapat dengan ibu.  Aku anak sulung.  Banyak kenangan yang indah bersamamu wahai ibu. Takkan ku lupakan hingga akhir hayatku.  Ya Allah hanya padamu aku bermohon.  

Tuesday 27 October 2015

Mesir - Hari Keempat - Petang - Akhir

Teks : Iliza binti Ibrahim

Selesai makan, perjalanan diteruskan menuju ke Masjid Ar Rifa'i untuk menunaikan solat jamak. 


Dalam perjalanan
 
Didalam Masjid Ar Rifa'i

Makam Sultan Faruq

Makam dalam masjid
Selesai solat, kami bertolak ke Universiti Al Azhar.  Tapi bukannya pergi ke universiti tu, kami pergi ke tempat membeli belah iaitu Khan El Khalili yang berdekatan dengan universiti tersebut.  Barang-barang disini boleh dikatakan murah.  Tempat terakhir lawatan kami.  Bolehla nak curahkan air kat tempayan tu.

Pemandangan disekitar berdekatan dengan Khan El Khalili

Khan El Khalili
Rambang mata

Naik juling
Baju-baju ni sangat murah.  Hanya RM 15.00. Pengsan

Kepenatan selepas mencurah air ditempayan
Malam itu, dengan berat hati kami bertolak ke Malaysia.  Semoga kami dapat kembali lagi ke sini sebab banyak lagi tempat-tempat bersejarah belum diterokai.  Rumusan, bagi saya Mesir banyak tempat-tempat bersejarah tetapi tidak dijaga.  Sayang.  Banyak kesan-kesan sejarah hampir ditelan zaman.  Kebersihan tidak diutamakan.  Walaupun begitu, aku tetap rindu kenangan disana.  Selamat tinggal Bumi Mesir.  Bersama-sama ini disertakan video yang sempat dirakam ketika menyusuri Sungai Nil.

Sungai Nil

Terimakasih kepada Andalusia Travel - Tahun 2011





Mesir - Hari Keempat - Pagi

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini adalah hari terakhir kami dibumi Mesir.  Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk mendaftar keluar dari hotel.  Penerbangan kami dijadualkan waktu malam.  Jadi sempatlah untuk kami membuat lawatan-lawatan yang terakhir dibumi Mesir yang bersejarah ini.  Destinasi kami seterusnya ialah Sungai Nil.  Kami akan dibawa menyusuri Sungai Nil dengan bot.  

Beranda bilik hotel

Di lobi hotel bersama teman-teman

Dalam perjalanan

Tentera sedang berkawal didepan salah sebuah kediaman kedutaan

Kelihatan bot-bot penumpang di Sungai Nil

Dalam bot

Bawah jambatan

Pemandangan ditebing Sungai Nil

Bersama suami tersayang

Dah sampai

Naik bas untuk lawatan seterusnya
Lagu-lagu Mesir menemani kami sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Nil.  Tempat seterusnya, Makam Imam Syafie. 

Selamat tinggal Sungai Nil

Pintu masuk ke Makam Imam Syafie

Kesan tapak kaki Rasulullah dilantai berdekatan dengan makam Imam Syafie

Bergambar kenangan disamping makam Imam Syafie
Seterusnya, kami dibawa ke Masjid Rifa'i untuk menunaikan solat jamak.  Dalam perjalanan kami melalui sebuah pasar.  Daripada buah-buahan hingga kepada ternakan ada dijual di pasar tersebut

Cantik tapi tak pasti burun apa

Sedapnya

Banyaknya anggur

Singgah makan direstoran

Nyam-nyam

Monday 26 October 2015

Anak Helang

Teks : Iliza binti Ibrahim

Pada zaman dahulu terdapat seekor ibu ayam yang mempunyai anak angkat seekor anak burung helang.  Disamping anak angkatnya, ibu ayam ini juga mempunyai anak kandung seramai enam ekor. Membesarlah anak helang ini bersama-sama adik beradik angkatnya yang lain.  

Semuanya bermula ketika ibu ayam ini sedang mengeramkan telur-telurnya, tiba-tiba terjadi gempa bumi.  Tidak semena-mena, tiba-tiba telur burung helang bergolek masuk kedalam sarang ibu ayam tadi tanpa disedari oleh ibu ayam tadi.  Hari berganti minggu.  Tibalah saat telur-telur tadi menetas. Maka keluarlah anak burung helang tadi bersama-sama anak ayam tersebut.

Pada suatu hari, ketika anak-anak ayam dan anak burung helang tadi sedang leka bermain, tiba-tiba terdapat burung helang sedang terbang bebas diangkasa.  Mereka berhenti bermain sambil mendongak ke langit.  Lalu anak burung helang tadi bersuara,"alangkah indahnya jika aku dapat terbang seperti burung itu".  Lantas dijawab oleh anak ayam, "jangan nak beranganlah, engkau bukannya ada kepak yang besar untuk terbang seperti itu".  Disampuk pula oleh anak ayam yang lain, "sudahla, mari kita sambung bermain, jangan nak berfikir perkara yang tidak diterima akal".  Mereka terus sambung bermain tanpa memikirkan lagi perkara tersebut.

Cuba kita renung, apa yang ada disebalik cerita dongeng diatas.  Walaupun cerita dongeng tapi terselit iktibar atau inspirasi disebaliknya.  Pernah atau tidak, apabila kita ingin melakukan sesuatu, pasti ada tentangan dari pihak lain.  Pernah atau tidak, apabila kita berfikir luar dari kotak, pasti ada kata-kata yang melemahkan semangat kita.  Kalau itulah yang kita sematkan dihati, sampai bila pun kita tidak akan dapat dapat capai apa yang dihajati.

Sebenarnya cerita ini juga untuk diriku sendiri.  Inspirasi untuk diriku.  Jangan risau.  Allah ada bersama kita.  Yakin.  Kuatkan semangat.  Buatlah apa yang ingin kita lakukan sebelum kita menutup mata buat selama-lamanya asalkan ianya tidak melanggar landasan ugama kita yang suci.  ISLAM. Bertawakkal dan berusahalah.  Semoga kita akan berjaya.  Amiiin.

Saturday 24 October 2015

Mesir - Hari Ketiga - Petang

Teks : Iliza binti Ibrahim

Maaf.  Sepatutnya saya nak buat satu entri je untuk hari ketiga tapi ada masaalah.  Terpaksa jadi dua episod pulak.  Kita sambung sekarang ye.  Sekarang dah sampai di Perpustakaan Iskandariah Mesir. Tapi saya terlupa nak ambil gambar buku-buku yang ada dirak.  Hanya barang-barang yang dipamerkan sahaja yang saya ambil.  Disini terdapat sebanyak 700,000 gulungan papyrus.





Inilah sebahagian daripada barang-barang yang dipamerkan.  Saya terlupa nak buat catatan. Maklumla, masa tu tak terfikir nak tulis blog.  Ini pun, suami saya yang suka memetik kamera. Terima kasih ye abang sayang.  

Sempat bergambar didepan Alexandria University

Tulisan yang terdapat didinding 

Kurma yang sedang ranum

Bilik-bilik di Istana Farouk

Didepan Istana Farouk

Laut Mediterranean dihadapan Istana Farouk
Taman Montaza disebelah Istana Farouk
Dalam perjalanan balik

Singgah dipasar, buah-buahan disini kebanyakannya bersaiz besar dan manis

Singgah makan direstoran tepi pantai

Singgah dikedai runcit jap

Sedap
Singgah solat jamak di masjid
Setelah itu kami bergerak balik ke hotel.  Rehat.  Kumpul tenaga untuk esok pula.  Selamat malam.

Mesir - Hari Ketiga - Pagi

Teks : Iliza binti Ibrahim

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk melawat ke Istana Raja Farouk dan Taman Montaza, Iskandariah berhampiran dengan laut Mediterranean.  Sebelum tu kami akan singgah dulu di Zoo Mesir. 

Dipintu masuk zoo

Beberapa orang wanita sedang menebar roti
Ada beberapa gambar binatang di zoo tersebut yang telah aku ambil, tetapi tiada dalam simpanan. Mungkin aku terpadam.  Kebanyakan binatang yang ada disini, binatang yang hidup dipadang pasir. Dubuk adalah salah satu binatang yang ada dalam zoo ni.  Binatang ini macam anjing tetapi saiznya lebih besar.  Pertama kali aku tengok dubuk didepan mata.  Binatang ni memang tidak boleh duduk diam.  Sentiasa bergerak.  Ke hulu ke hilir.  Macam orang ada masaalah.  

Kami tidak lama disini.  Jom ke Perputakaan Iskandariah Mesir, perpustakaan pertama dan terbesar didunia.

Perasan tak kereta yang digunakan sebagai teksi macam kereta dalam filem 60an

Dalam perjalanan lagi

Keretapi 

Perjalanan lagi