Monday 30 November 2015

Less 50%

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim
          012 6140336

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, dah penghujung tahun.  Umur pun makin meningkat.  Kesihatan nak kena jaga.  Penampilan pun biarlah seiring dengan usia.  Kulit pun memainkan peranan yang penting, dari kulit yang bersih dan sihat, membuatkan kita akan nampak lebih berseri-seri dan segar.  Untuk penjagaan kulit muka, selain penjagaan harian, sekali sakala bolehlah kita ke spa untuk memanjakan diri.  Hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja.  

Produk dan peralatan Mobile Spa

Produk Zarraz

Stim muka

Micro Current Light Spa

Lampu
Saya ada menyediakan perkhidmatan facial muka dan urutan bahu disekitar Bandar Tun Hussein Onn dan Putrajaya.  Bagi 10 orang pertama, saya akan mengenakan separuh harga sahaja.  

Langkah-langkah facial dengan menggunakan produk Zarraz Paramedical:

1) Cuci muka dengan susu
2) Cuci muka dengan pencuci
3) Cuci muka dengan scrub
4) Stim muka bersama penyegar
5) Picit jerawat jika ada
6) Letak gel 
7) Urut muka (limfatik)
8) Pakaikan mask pencerah
9) Pakaikan penyegar
10) Pakaikan SPF 50
11) Urut kepala
Bahu akan diurut bersama minyak Lemongrass (limfatik) ketika muka dipakaikan mask. 

Berminat - SMS @ Whatssap - 012 6140336

Tuesday 24 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 3

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 3

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk bergerak ke kampung arwah bapa suami saya. Perjalanan sebenar akan bermula.  Kami akan bertolak ke Kediri, Tulungagung iaitu tempat kelahiran arwah ayah suami yang juga bapa mertua saya.

Selamat tinggal Ponorogo

Singgah sebentar ketika dalam perjalanan
Lebih kurang pukul 4.30 petang kami tiba di Kediri, Tulungagung.  Kami menginap dirumah sepupu suamiku.  Kami disambut meriah.  Pelbagai makanan terhidang.  Lupa lagi ambil gambar.

Hari ke 4

Hari yang dinanti-nantikan iaitu balik kampung arwah bapa mertua.  MasyaAllah, tak pernah pun saya bermimpi untuk sampai kesini.  Terima kasih Ya Allah. 

Rumah arwah atuk suamiku

Penjaga rumah

Kawasannya bersih
Walaupun rumah ini sudah tiada penghuni tetapi persekitarannya bersih kerana dijaga rapi oleh penduduk disitu yang telah diberi amanah untuk menjaga rumah tersebut.

Rumah induk

Ruang dapur
Terdapat sebuah lagi rumah arwah atuk suami saya, tetapi sayangnya sudah tidak berjaga.  Walaupun begitu keindahan rumah tersebut jelas kelihatan.  Rumahnya besar, terbahagi dua iaitu rumah induk dan dapur yang dipisahkan tempat laluan jalan kaki.  Rumah dulu-dulukan dapurnya selalu dibuat berasingan dari ruang tamu dan bilik tidur.  Setelah itu, kami singgah dipusara arwah atuk suami buat kali pertama, semoga bukan kali terakhir.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Toko atau kedai saudara yang mengeluarkan pakaian-pakaian bagi lelaki dan perempuan.  Apalagi, naik juling la mata nak memilih mana yang berkenan. Harga pulak sangat berpatutan. 

Alamak, mana satu nak pilih ni

Kalau kena duduk sehari suntuk kat sini pun takpe
Setelah kembali ke alam nyata, kami berangkat balik ke rumah sepupu suami.  Malam tu ada acara melawat rumah-rumah saudara mara yang berdekatan.  Kami juga dibawa ke restoren makanan sunda, sedap.  

Hari ke 5

Hari ini kami akan dibawa ke ladang epal iaitu di Malang.  Suhunya seperti di Cameron Hingland. Sejuk.  Hujan pun turun renyai-renyai.  Kalau nak harap kami datang sendiri, mungkin kami tak sampai kesini.  MasyaAllah, tak payah pergi negeri orang putih, disini pun ada ladang epal.  




Pintu masuk ladang epal

Benih dan anak pokok juga ada dijual



Dapat jugak panjat pokok epal
Hari ke 6

Hari terakhir kami di Kediri.  Kami akan bertolak ke Yogjakarta semula kerana penerbangan kami ke Malaysia keesokan harinya.


Bersama sepupu suami (kak nurul) dan suaminya

Bersama sepupu-sepupu suami, yang aku pegang tu pakar bedah dan suaminya
yang baju kotak-kotak tu, doktor gigi tapi mereka sangat sempoi

Inilah tukang masak yang sangat ceria sepanjang kami berada disana
Terima kasih, makanannya sangat enak

Bergambar sebelum erangkat pulang
Selamat tinggal semua.  Layanan yang diberikan, first class.  Semoga dapat bertemu kembali.  Rasa sedih jugak saat perpisahan walaupun saya ni bukanlah siapa-siapa pun dalam keluarga ini.  Hanya menumpang kegembiraan mereka tetapi layanan yang diberikan sangat terkesan dihati ini.

Pasar Agung Solo

Macam-macam ada
Dalam perjalanan ke Yogjakarta kami singgah ke Pasar Agung Solo.  Nasib naik kami dah membeli dipasar ni sedikit sebanyak sebab bila kami di bandar Yogjakarta, barang yang sama harganya sangat berbeza.  Mahal.  

Kami sampai di Yogjakarta malam.  Menginap di salah sebuah hotel disitu.  Malam tu sempat lagi mereka meronda bandar Yogjakarta naik kereta kuda.  Seronoknya. Tapi saya dah kepenatan.  Duk kat bilik je.  Tidur.

Ruang makan hotel
Bersambung lagi...

Testimoni Muka Sendiri

Teks : Iliza binti Ibrahim

Produk : Zarraz Paramedical

Boleh
Alhamdulillah cukup sifat walaupun tak secantik orang lain.  Cuma saya nak berkongsi pengalaman sendiri setelah menggunakan produk Zarraz Paramedical selama 2 minggu.  Hasilnya, bila saya memakai SPF 50 atau Sun Protection Zarraz Paramedical ketika keluar bersiar-siar, muka saya tidak lagi berminyak dan bercapuk-capuk (pada gambar yang pakai tudung putih tu, perasan tak dahi saya yang nampak tompok-tompok @ kesan SPF yang tak sekata).  Nampakkan perbezaan pada gambar atas tu.  Gambar yang saya pakai tudung corak tu saya pakai SPF 50 Zarraz Paramedical dan gambar yang sebelah tu produk lain.

Yang paling best, muka saya juga dah tak berbelang (dalam tudung cerah, muka yang terdedah matahari gelap) walau pun saya berjemur.  Itu sangat penting sebab muka saya cepat terbakar bila terkena cahaya matahari.  Alhamdulillah.

Monday 23 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 2

Teks : Iliza Ibrahim

Hari kedua kami di bawa melawat Borobudur.  Masa sekolah dulu, hanya tengok gambar dalam buku teks tapi kini tersergam indah didepan mata.  Tempatnya sangat bersih tapi tangga untuk sampai ke kemuncaknya, aduhai tingginya.  Boleh ke nak panjat ni, memandangkan aku baru 3 bulan selepas pembedahan buang batu karang dihempedu.  Rasa macam rugi pulak kalau tak naik.  Bukannya selalu saya dapat sampai ke sini.

Beli tiket untuk masuk ke Borobudur
Penyamaran kami demi untuk mendapat tiket warga tempatan tidak berjaya.  Kena bayar 20USD jugak.  Rasa nak tergelak pulak bila mengenangkannya.  Dapat tiket, setiap orang diberi pinjam sehelai kain batik.  Harus pakai sepanjang kami berada di kuil Borobudur, untuk menghormati tempat tu katanya.  
Pahlawan siap ke medan perang

Tangga pertama

Tangga kedua

Kemuncak

Disalah satu loceng terbesar yang ada dikuil tersebut
Turun dari Borobudur, kami singgah dimuzium kecil yang terdapat di sebelah kuil tersebut yang mempamerkan barang-barang tinggalan sejarah dari Borobudur.

Tembikar lama

Rangka perahu

Barang-barang cenderamata yang terdapat disekitar Borobudur

Kedai-kedai disekitar Borobudur
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Pondok Modern Darusalam, Ponorogo, Indonesia.  Saudara kami merupakan salah seorang tenaga kerja bagi pesantern tersebut.  Penubuhannya diharap akan menyamai Universiti Al Azhar di Mesir.  Hanya pelajar lelaki ditempatkan disini.




Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan warga pesantren
Sekali lagi kami dijamu dengan makanan tengahari yang enak.  Lupa nak ambik gambar.

Bersambung...


  

Friday 20 November 2015

Testimoni Eczema

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza ibrahim - 012 6140336

Eczema 5 tahun
Pesakit diatas telah mengidap eczema selama 5 tahun dan telah berjumpa doktor pakar namun tidak juga sembuh.  Satu hari, kakak kepada pesakit ini telah memperkenalkan produk Zarraz Paramedical dan beliau mencubanya.  Alhamdulillah, beliau telah sembuh sepenuhnya dalam masa 2 minggu dengan hanya memakai Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF 50.

Baby comel
Testimoni kedua ialah baby comel ni, ruam susu.  Ambil sedikit Calming Cleansing Milk dan sapukan ditempat yang terkena ruam susu.  Biarkan 2 atau 3 minit, bilas dengan air tapis atau air mineral hingga bersih.  Lapkan sehingga kering kemudian sapukan Sun Protection SPF 50.  Hasilnya, Alhamdulillah.  

Jejak Kasih - Bahagian 1

Teks : iliza binti ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Kali ni saya nak tulis pengembaraan jejak kasih keluarga dari sebelah suami iaitu di Jawa Timur, Indonesia selama 6 hari.  Bermula dari 9.12.2012 hingga 15.12.2012. Seramai 12 orang dari ahli keluarga menyertai rombongan ini.  Tak lupa, jajan dari Malaysia menjadi buah tangan kami.  Selalunya bila kita melancong pasti kita tidur di hotel. Tapi pengembaraan kali ini lain dan sangat istimewa sebab kami akan menginap dirumah orang tempatan. Rumah saudara kami yang tidak pernah bersua muka.  Hanya telefon yang menjadi penghubung diantara mereka. Sangat teruja.

Lapangan Terbang Yogjakarta

Kediaman di Yogjakarta

Surau disebelah rumah

Mak bidan rupanya

Didepan kediaman
Pengembaraan kami bermula dari Yogjakarta, malam itu kami bermalam dirumah salah seoarang saudara.  Besar rumahnya dan didepan rumah terbentang indah sawah padi yang saujana mata memandang.  Nyaman.  Sebelah rumah terdapat sebuah surau yang dikatakan pembiayaannya dari orang Malaysia.  Didepan rumahnya terdapat sebuah bilik yang disediakan seperti sebuah klinik kecil untuk pemeriksaan ibu-ibu mengandung.  

Bersambung...

Sayangi Kulit Kita

Rujukan : Zarraz Paramedical

Jom cek kulit kita - perlukan bantuan, hubungi saya - 012 6140336

012 6140336
Sayangilah kulit kita sebab tanpa kulit, pasti organ dalaman kita dapat dilihat oleh semua orang.   Lagipun kalau dah rosak teruk, bukannya ada dijual dikedai alat ganti. Betulkan.

Ingin bertanya - Iliza binti Ibrahim 012 6140336