Friday 6 November 2015

Penceroboh Cilik

Teks : Iliza binti Ibrahim

Kira-kira pukul 6.35 pagi, sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat. Aku dan suami berpandangan.  Suami bergegas keluar.  Aku mengekori perlahan dari belakang. MasyaAllah, siling rumah runtuh.  Nasib baik kami bukan berada disitu waktu itu.  Kalau tidak, mahu kepala berjahit.  Sedang suami mengalih siling yang jatuh, aku terpandang benda berbulu hitam masuk belakang peti sejuk.  Sebesar kucing.  "Bang, ada tikus masuk belakang peti sejuk"kataku. Suami terus mengintai kebelakang peti sejuk.  "Bukan tikus, musang" jawab suamiku.  Rupa-rupanya, siling tu roboh bersama musang.  Suamiku terus mengambil kayu dan mengacukan kayu tersebut pada musang tersebut.  Makin diacu, makin kedalam dia masuk.  Susah jugak ni.  Aku menyarankan suami telefon Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Lega bila JPAM dah sampai

Siling yang roboh

Nasib baik tak timpa kepala
Tidak beberapa lama kemudian, JPAM tiba diperkarangan rumah.  Apabila mereka masuk je kedalam rumah, salah seorang dari mereka berkata, "Ini bau musang pandan", padahal aku dari tadi dalam rumah tu, langsung tak berbau apa-apa.  Rasa kagum bersarang dihati.  Padahal pada waktu itu, mereka belum pun melihat musang tersebut. 

Kepong dia

Main sorok-sorok pulak
Alhamdulillah, dalam masa 10 minit, musang tersebut dapat ditangkap.  Rupa-rupanya masih anak-anak lagi musang ni.  Tapi giginya sangat tajam. 

Alahai, kesian awak,kami terpaksa tangkap awak

Bye musang
Bila lihat musang tersebut, rasa kesian.  Masih kecil.  Entah-entah malam ni emaknya datang ketuk rumah, bertanyakan anaknya.  Minta maaf ye musang, disini tidak sesuai untuk mu.  Lagipun untuk membela musang ni perlu lesen. 

Terima kasih tidak terhingga kepada anggota-anggota JPAM yang bertungkus lumus menyelesaikan masaalah kami.  Kamu semua adalah hero.  Selesailah sudah drama sebabak dipagi hari.  


No comments:

Post a Comment