Monday 23 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 2

Teks : Iliza Ibrahim

Hari kedua kami di bawa melawat Borobudur.  Masa sekolah dulu, hanya tengok gambar dalam buku teks tapi kini tersergam indah didepan mata.  Tempatnya sangat bersih tapi tangga untuk sampai ke kemuncaknya, aduhai tingginya.  Boleh ke nak panjat ni, memandangkan aku baru 3 bulan selepas pembedahan buang batu karang dihempedu.  Rasa macam rugi pulak kalau tak naik.  Bukannya selalu saya dapat sampai ke sini.

Beli tiket untuk masuk ke Borobudur
Penyamaran kami demi untuk mendapat tiket warga tempatan tidak berjaya.  Kena bayar 20USD jugak.  Rasa nak tergelak pulak bila mengenangkannya.  Dapat tiket, setiap orang diberi pinjam sehelai kain batik.  Harus pakai sepanjang kami berada di kuil Borobudur, untuk menghormati tempat tu katanya.  
Pahlawan siap ke medan perang

Tangga pertama

Tangga kedua

Kemuncak

Disalah satu loceng terbesar yang ada dikuil tersebut
Turun dari Borobudur, kami singgah dimuzium kecil yang terdapat di sebelah kuil tersebut yang mempamerkan barang-barang tinggalan sejarah dari Borobudur.

Tembikar lama

Rangka perahu

Barang-barang cenderamata yang terdapat disekitar Borobudur

Kedai-kedai disekitar Borobudur
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Pondok Modern Darusalam, Ponorogo, Indonesia.  Saudara kami merupakan salah seorang tenaga kerja bagi pesantern tersebut.  Penubuhannya diharap akan menyamai Universiti Al Azhar di Mesir.  Hanya pelajar lelaki ditempatkan disini.




Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan warga pesantren
Sekali lagi kami dijamu dengan makanan tengahari yang enak.  Lupa nak ambik gambar.

Bersambung...


  

No comments:

Post a Comment