Thursday 31 March 2016

Ikan Celup Tepung Menderhaka

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Selalunya untuk buat ikan celup tepung ni, ikan tu perlu direbus dulu bersama garam dan asam keping, biarkan satu malam, esok baru boleh goreng.  Ini cara yang mak saya buat.  Memang sedap. Tapi disebabkan saya ni kadang-kadang ada saiz M (malas), saya ikut la cara saya.  Kalau masa tu ada saiz R(rajin), ikut cara mak saya.

Kalau cara saya, lepas siang ikan, saya terus tepung yang telah siap dimasukkan garam dan perahan air limau.  Terus goreng.  Nampak sama tapi rasa tak sama.  Mestila sedap cara mak saya.  Tapi bolehla untuk hilang kempunan.  Sebab tu air tangan mak lebih sedap dari air tangan sendiri. He..he..

Ikan Pekasam Gelama

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Pernah tak makan ikan pekasam.  Tentu ada yang tidak tahu, apa itu ikan pekasam. Saya pun, suatu ketika dulu. Maklumla, orang pantai timur.  Yang saya tahu ikan budu.  Lain kali saya cerita tentang ikan budu. Tunggu...



Saya suka ikan pekasam laut tapi yang banyak dijual, ikan pekasam darat.  Disebabkan teringin sangat nak makan, saya cuba buat sendiri.  Alhamdulillah menjadi.  Cuma saya silap, beras goreng tu sepatutnya lebih halus.  Takpelah, percubaan pertama. 

Senang je cara buatnya.  Ikan disiang dan bersihkan dan perapkan dengan garam selama 24 jam. Selepas itu basuh lagi hingga bersih dan salutkan dengan beras goreng yang dimesin halus dan letakkan asam keping supaya rasa masam-masam sikit. Peram lebih kurang dua minggu.

Dah peram, bolehla goreng bersama bawang dan cili padi. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya.

Saya suka hancurkan jadi macam ni




Friday 25 March 2016

Resepi ringkas dan mudah

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria

Pernah tak makan nuget buatan sendiri.  Ni pun resepi mak saya.  Maklumla, mak saya ni isteri tentera, selalu kena hadir perjumpaan isteri-isteri tentera.  Dari situlah, pelbagai aktiviti diadakan termasuk belajar resepi-resepi masakan yang istimewa.  Itu tahun 80an, bukan senang nak belajar atau nak dapatkan ilmu berbanding pada masa kini.  Ilmu berada dihujung jari. Tapi bagi saya dan saya pasti anda pun akan bersetuju dengan saya bahawa masakan ibu adalah masakan yang paling sedap dalam dunia ni.  

Dari kiri nuget hasil tangan sendiri, sambal kicap, sup ayam dan telur masin buatan mak saya
Kita kongsi resepi ye

1. Nuget

Isi ayam potong kecil-kecil, celup dalam tepung goreng untuk goreng ayam dan akhirnya celup dalam telur.  Goreng.  Pastikan minyak panas dulu dan menenggelami ayam tersebut.  Sedap.

2. Sambal kicap

Cili padi segenggam, bawang putih 2 ulas dan garam.  Tumbuk sampai lumat.  Perah limau dan masukkan kicap manis.  Sedap jugak dimakan dengan mihun sup.

3. Sup Ayam

Rasanya, anda lagi pandai buat kut.  Sebab saya buat biasa-biasa je.  He..he..
Saya kongsi la sikit ye.  Tumiskan bawang putih yang dipotong halus-halus bersama halia yang juga dipoton halus-halus.  Masukkan juga buah pelaga hindi, bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis.  Dah harum, masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil.  Kacau.  Biarkan seketika.  Masukkan air dan lobak merah.  Selalunya saya masukkan kentang juga.  Masukkan perencah sup dan garam. Dah masak, angkat dan taburkan daun sup yang telah dipotong.  Gambar takde daun sup.

4.  Telur masin

Mak saya memang pandai buat telur masin.  Telur itik tu pemberian kawan baik ayah saya.  Dia ada bela itik, jadi selalulah dapat telur itik percuma.  Terima kasih pak cik. 

Senangkan.  Kalau nak cuba, silakan.  Saya sangat berbesar hati. 

Wassalam.


Wednesday 23 March 2016

Sling Bag Handmade

Teks : iliza ibrahim
Foto : iliza ibrahim


Assalamualaikum dan salam ceria semua

Saya tak pasti, adakah ini minat saya atau sekadar hangat-hangat ehem...Kebelakangan ni saya macam minat sangat dengan kraftangan.  Buat masa ni, saya sedang gilakan beg.  Lebih tepat, saya sangat minat dengan kain atau apa sahaja yang bercorak kartun atau bunga yang kelihatan macam dalam cerita Alice in wonderland atau yang sewaktu dengannya.  Tapi kat sini, tak banyak corak-corak yang saya minat.  Kena import.  Kos agak tinggi.  Sabarlah dulu.  Lagipun saya masih baru dalam bidang ni.  Risau jugak, minat separuh jalan.  He..he..

Corak yang saya minat - Google

Ini pun..cantikkan - Google

Hasil keras tangan saya

Bahagian dalam beg

Yang ni sesuai untuk doorgift
Moga Allah swt memberi idea yang lebih kreatif dan semoga saya istiqamah.  Amiiin.


Friday 18 March 2016

Travelog Rindu Eropah Tawan Damascus - Munir Ramli

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Hari ni nak bercerita tentang buku.  Tak tahu kenapa saya terlalu minat dengan buku.  Setiap kali beli buku baru, saya akan belek-belek dan cium dalam buku tersebut.  Setiap buku, baunya berbeza.  Ada sesetengah buku tu boleh mengimbau kenangan lalu.  Kenangan masa kanak-kanak.  

Novel pertama yang saya baca ialah SAGA karya Abdul Talib Hassan.  Semasa saya berusia 11 tahun.  Sebelum tu saya banyak baca buku cerita untuk kanak-kanak.  Semenjak mengenali novel, saya jadi pemburu novel tegar.  Saya paling suka novel berbentuk thriller dan kisah kekeluargaan ataupun kisah benar.  Mungkin sebab saya minat mata pelajaran sejarah kut hingga mempengaruhi bentuk novel yang saya minat.

Adik-adik saya pun mempunyai minat yang sama.  Pantang jumpa buku, pasti melekat dengan buku tu sehinggakan atuk saya pun pelik dengan kami adik beradik, langsung tak dengar suara kalau balik rumah atuk dan nenek.  Asyik mengadap buku.  Kenangan lalu.


Ini buku yang sedang saya baca sekarang.  MasyAllah. Tak rugi saya beli buku ni.  Bila dah baca, sukar nak lepaskan.  Bukan semua orang dapat pengalaman seperti penulis ini.  Sangat menakjubkan. Cara penyampaian yang sangat santai, tiada istilah membanggakan diri walaupun apa yang beliau ada sangat membanggakan.  Rumusan yang dapat saya buat ialah tiada yang mustahil jika kita rajin berusaha.  Pengalaman dan cara penyampaian seiring.  Saya bagi 5 bintang untuk buku ini.  Jika anda pernah membaca buku dan anda suka karya Puan Roza Roslan, saya yakin anda pasti akan sukakan buku ini.  Bacalah sebab buku ini memberi pelbagai rasa.  Macam kita menikmati makanan, ada manis, ada masam, ada pedas dan ada pahit.

Sedikit petikan dari buku saudara Munir Ramli.

Petikan 1
"Anta Malizi?' Pemuda Arab terus mengajukan pertanyaan, perkataan Malizi bunyi macam Malaysia. Barangkali dia bertanya samaada aku ini orang Malaysia agaknya.  Perkataan 'anta' maksudnya 'kamu' atau 'engkau'.  Itu senang saja sebab di Malysia pun ada orang gunakan perkataan 'anta ana'. Habis aku nak jawab apa?  Kalau nak jawab 'ya' macam mana?  Hai! Masaalah juga.  Inilah akibatnya jahil.  Apapun, aku tak salahkan diriku kerana Bahasa Arab bukan bahasa ibundaku.  Aku tercampak kebumi ni pun secara kebetulan, tidak dirancang.

Petikan 2
"Sorry, no Greece for you."
Perkataan itu bukan gurauan.  Lelaki yang menyebut merupakan seorang pegawai atasan bersikap serius dan tegas.  Tiada kompromi lagi.

Petikan 3
"Hotel Meridien Damascus"
Itulah hotelyang bakal menjadi tumpuanku kini. Berbekalkan sehelai sijil 'Assistant Cook' aku melangkah gagah.

Sedikit petikan dari buku ini.  Terdapat 353 muka surat dengan harga RM 18 sahaja tetapi pengalaman yang dicurahkan tidak ternilai rasanya. 

5 bintang

Wassalam.


Tuesday 8 March 2016

Beg Kain Buatan Sendiri

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum semua...

Apa khabar, dah lama tak menulis, gian tu ada tapi kebelakangan ni agak sibuk sikit.  Walaupun saya tahu, tulisan saya ini tidak bagus tapi saya akan menulis juga sehingga ada yang akan merindui tulisan saya. He...he..

Sekarang ni, saya dah ada hobi baru.  Jahit beg.  Harap-harap istiqamah.  Walaupun masih terkial-kial, dapatla jugak siapkan dua ke tiga beg.  




Rasa puas bila dapat siapkan beg-beg ni.  Macam tak percaya.  Maklumla saya ni bukan orang yang kreatif.  Saya nak hadiahkan beg ini kepada ma saya sempena perkahwinan abah dan ma yang ke 47 tahun.  Untuk abah, saya nak beli hadiah apa ye...Semoga kasih sayang abah dan ma berkekalan hingga ke Jannah.  Amiiinn. 

Wednesday 2 March 2016

Membaca dan beramal dengan Al Quran

Teks : iliza binti ibrahim
Foto :
Rujukan : Hikmatul Islam
Assalamualaikum dan salam untuk semua

"Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yanh sinarannya akan melebehi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini."

Hadis Rasulullah s.a.w

Alangkah bahagianya, jika kedua ibu bapaku, dapat ku pakaikan mahkota itu.