Friday 25 March 2016

Resepi ringkas dan mudah

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria

Pernah tak makan nuget buatan sendiri.  Ni pun resepi mak saya.  Maklumla, mak saya ni isteri tentera, selalu kena hadir perjumpaan isteri-isteri tentera.  Dari situlah, pelbagai aktiviti diadakan termasuk belajar resepi-resepi masakan yang istimewa.  Itu tahun 80an, bukan senang nak belajar atau nak dapatkan ilmu berbanding pada masa kini.  Ilmu berada dihujung jari. Tapi bagi saya dan saya pasti anda pun akan bersetuju dengan saya bahawa masakan ibu adalah masakan yang paling sedap dalam dunia ni.  

Dari kiri nuget hasil tangan sendiri, sambal kicap, sup ayam dan telur masin buatan mak saya
Kita kongsi resepi ye

1. Nuget

Isi ayam potong kecil-kecil, celup dalam tepung goreng untuk goreng ayam dan akhirnya celup dalam telur.  Goreng.  Pastikan minyak panas dulu dan menenggelami ayam tersebut.  Sedap.

2. Sambal kicap

Cili padi segenggam, bawang putih 2 ulas dan garam.  Tumbuk sampai lumat.  Perah limau dan masukkan kicap manis.  Sedap jugak dimakan dengan mihun sup.

3. Sup Ayam

Rasanya, anda lagi pandai buat kut.  Sebab saya buat biasa-biasa je.  He..he..
Saya kongsi la sikit ye.  Tumiskan bawang putih yang dipotong halus-halus bersama halia yang juga dipoton halus-halus.  Masukkan juga buah pelaga hindi, bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis.  Dah harum, masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil.  Kacau.  Biarkan seketika.  Masukkan air dan lobak merah.  Selalunya saya masukkan kentang juga.  Masukkan perencah sup dan garam. Dah masak, angkat dan taburkan daun sup yang telah dipotong.  Gambar takde daun sup.

4.  Telur masin

Mak saya memang pandai buat telur masin.  Telur itik tu pemberian kawan baik ayah saya.  Dia ada bela itik, jadi selalulah dapat telur itik percuma.  Terima kasih pak cik. 

Senangkan.  Kalau nak cuba, silakan.  Saya sangat berbesar hati. 

Wassalam.


No comments:

Post a Comment