Thursday 17 December 2015

Tersalah Bonceng

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entah kenapa, petang ni banyak pulak teringat kisah lucu.  Mungkin aku sedang cuba mengalihkan fikiran aku tentang kemalangan jalan raya semalam.

Ini kisah kawan aku.  Tidak perlulah aku menyebut namanya.  Sekadar pengalaman yang boleh jadi pedoman.  Kisahnya begini...

Pada kebiasaannya pekerja wanita akan diambil oleh suami masing-masing selepas waktu pejabat. Begitu juga diwaktu pagi.  Mereka akan dihantar oleh suami.  Jadi tidak hairanlah, jika waktu petang berderet-deret motor atau kereta bersusus depan pejabat.

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni bergaduh dengan suaminya hari itu.  Suaminya datang dengan motor dan setia menunggu sang isteri walaupun ada persengketaan.  Suami mithali.  Kalau dah bergaduh, pastilah tidak bertegur sapa.

Kawanku dengan hati yang masih lagi ada perasaan geram dengan suami terus membonceng motor yang disangkakan suaminya.  Dalam perjalanan masing-masing mendiamkan diri.  Tetapi kawanku terperasan, kenapa suaminya tidak ikut jalan yang selalu mereka lalu.  Ahhh...mungkin orang tua ni nak singgah mana-mana.  Disebabkan perasaan tidak puashati masih lagi bersisa, kawanku tidak bertanya hinggalah mereka sampai disebuah rumah.  Kawanku masih lagi tidak turun dari motor.   "Apalagi, turunlah" kata si 'suami'.  Mendengarkan suara suami lain, kawanku terkocoh-kocoh turun dari motor.  Terus dia memandang si 'suami' tadi.  Ya Allah...

Terus kawan aku lari keseberang jalan dan menahan teksi dan kembali lagi ke pejabat.  Sampai dipejabat, dilihat, suaminya masih lagi setia menanti diatas motor.  Tanpa berlengah, kawanku terus membonceng motor suaminya yang sebenar.  

Rupa-rupanya, motor yang ditunggang tadi motor suami kawannya.  Kebetulan suami kawan kepada kawan aku ni pakai jubah putih petang tu dan suami kawan aku ni memang selalu berjubah putih. Ketika kawan aku sampai dipejabat tadi, kawannya masih lagi menunggu suami yang tersalah angkut isteri.

Semasa sedang menaip kisah ni, perasaan gelihati tu masih ada.  Itulah, kalau nak bergaduh pun jangan lama-lama.  Tiada siapa pun akan untung.  Makin rugi adalah..

Sekian

Cabut Bulu Ayam

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah tak anda cabut bulu ayam?

Aku ni banyak pengalaman lucu.  Salah satunya, pengalaman cabut bulu ayam.  Pengalaman ni dah lama, masa aku mula-mula pergi ke rumah arwah mak mertua. Mak mertua aku ni banyak bela ayam kampung.  Memanglah, kalau nak dikira, ayam kampung ni lebih bagus daripada ayam bandar. Tapi, aku tak pernah makan ayam kampung.  Nak dekat dengan ayam pun aku takut.  Takut kena patuk.

Suami aku ni pulak, pantang balik kampung, mesti nak tangkap ayam pastu sembelih sehinggakan kalau suami aku balik kampung, ayam mak mertua aku tak balik rumah.  Agaknya mereka dah cam kut, pembunuh ayam dah balik kampung.  Aku ni pulak tak biasa dengan binatang ternakan.  Anak tentera.  Manala ada bela binatang tu semua.  Selalu tinggal kat kuarters.  Atuk dan nenek aku pulak tinggal kat bandar.  Sebelah abah di Pengkalan Chepa, sebelah ma di Kota Bharu.  Dua-dua Kelantanis.  Takde ayam, kambing, lembu atau kerbau.  Bukan aku nak berbangga, tidak semestinya orang bandar tu kaya dan tidak semestinya orang kampung itu miskin.  Keluargaku, orang biasa-biasa sahaja. 

Semasa dirumah mak mertuaku, terjadilah penyembelihan ayam beramai-ramai.  Suami aku menyuruh aku memegang kaki ayam sementara dia menyembelih ayam.  Kirim salam.  Aku lari masuk rumah.  Langsung aku tak keluar.  Selepas semua ayam mati barulah aku muncul.  Ingatkan dah selamat.  Rupa-rupanya, ada tugas mencabar menanti aku.  Mak mertua aku menghulurkan beberapa ekor ayam yang telah siap dicelur untuk dicabut bulunya.  MasyaAllah, camana ni?  Takpe, aku pura-pura tidak kekok untuk membuat kerja tersebut.  Terus aku letak besen yang berisi ayam dan mula bersila depan besen.  Mak mertuaku sedang tekun mencabut bulu ayam yang lain.  Pertama kali aku pegang dan cabut bulu ayam, bulu roma aku menegak.  Sehelai cabut aku berenti, cabut lagi sehelai, berhenti.  Terasa macam aku menarik bulu roma dilengan. Mak mertua aku dah siap togelkan seekor ayam sedangkan aku baru cabut beberapa helai.  Tengok aku masih lagi terhegeh-hegeh, mak mertuaku bagi tugas lain.  Kopek bawang.  Alhamdulillah.  Itulah pertama kali dan terakhir kali aku cabut bulu ayam.  Semenjak hari itu, jika berlaku penyembelihan ramai-ramai, aku tidak diletakkan dibahagian itu lagi.  


Malang Tak Berbau

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah.  Hari ini Allah Subhanahu wa ta'ala masih lagi meminjamkan aku nyawa sehingga bila, tiada siapa pun tahu.  Ajal pasti akan tiba.  

Debaran ditimpa kemalangan jalanraya semalam masih lagi bersisa, tengahari tadi mendapat berita, adik aku pula ditimpa kemalangan jalanraya.

Aku redha.  Mungkin ada hikmah disebaliknya.




Wednesday 9 December 2015

Proses Pemulihan

Teks / Rujukan : Zarraz Paramedical

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisah benar

Puan A telah memcuba memakai produk Zarraz Paramedical bagi penjagaan kulit muka.  Tiba-tiba wajah si A naik jerawat halus dan menjadi kusam.  Tentu Puan A menyalahkan produk Zarraz Paramedical sebab sebelum ini muka beliau licin sahaja.  

Nanti dulu.

Sebagai agen/penasihat kecantikkan produk Zarraz Paramedical,  kita perlu tahu dan kaji mengapa perkara ini boleh terjadi.  Setelah diselidiki, rupa-rupanya, Puan A memakai produk  yang mengandungi bahan kimia seperti merkuri dan produk pemutihan hidrokuinon dalam jangka masa yang agak panjang.  

Tidak mustahil bila bertukar kepada produk Zarraz Paramedical yang diperbuat daripada alam semulajadi akan terdapat tindakbalas seperti yang dialami oleh Puan A.  Proses pemulihan akan bermula.  Bagi Puan A, beliau perlu mengamalkan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 terlebih dahulu selama 7-14 hari atau bergantung kepada tindakbalas keadaan kulit dan dengan perlahan-lahan disusuli dengan produk yang bersesuaian dengan kulit beliau.  Cara ini dinamakan proses pemulihan iaitu segala masaalah kulit akan dirawat dahulu sebelum proses mencantikkan kulit bermula.

Contoh, kita nak sangat rumah kita kelihatan cantik dan kemas.  Selesa didiami, tidak semestinya rumah mewah, memadai rumah yang sederhana.  Langkah pertama, mesti bersihkan dulu rumah tersebut, barulah dapat dihiaskan dengan hiasan kegemaran kita.  Barulah nampak berseri-seri.  Kalau rumah kotor, walaupun dihias dengan perhiasan yang mahal, tiada serinya. Begitu juga dengan wajah atau badan kita.  Jagalah sebaik-baiknya pemberian Allah kerana ini adalah amanah.

Wassalam...



Perunding Kecantikkan

Foto : Iliza binti Ibrahim


Dengan rasminya kami dilantik sebagai perunding kecantikkan pada 5 Dis 2015 

Monday 7 December 2015

Never Give Up "Hair Care"

Rujukan & foto : Zarraz Paramedical

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bersama-sama ini disertakan testimoni masaalah rambut gugur.  Alhamdulillah, dengan penggunaan Set Never Give Up Hair Care secara istiqamah, akhirnya testimoni ini dapat mengembalikan rambutnya kepada asal dan lebih menakjubkan rambut beliau menjadi lebih lebat, lembut dan berkilau.  

Jangan tunggu lama-lama sebelum mahkota anda hilang.  Marilah kita menjaga pemberian Allah Taala ini sebaik mungkin.

Testimoni rambut gugur
1. Shampoo


Dulu RM 75
Kini RM 60
Fungsi

- Merupakan langkah pertama bagi rawatan rambut gugur.

- Merupakan alternatif perubatan yang mengandungi konsentrasi asid amino yang tinggi dalam memperbaiki otot rambut, menyelesaikan masaalah kelemumur, rambut yang mudah gugur dan lain-lain lagi.  Shampoo ini dapat memberi sel-sel rambut bernafas dengan sempurna dimana menjadikan sel-sel anak rambut aktif.

- Tumbuh semula menjadikan rambut lebih lembut, beralun dan lebat.

Cara Penggunaan

i) Basahkan rambut dan ratakan shampoo sepenuhnya pada kulit kepala serta struktur rambut,  Gosok dan urut perlahan-lahan selam 3-5 minit bagi penyerapan vitamin dan protein asid amino kedalam rambut.

ii) Bilas dan disusuli dengan pemakaian Never Give Up Hair Care (Hair Mask)


2) Hair Mask

Dulu RM 150
Kini RM 120
Fungsi

- Merupakan langkah kedua sebagai agen pelembut yang diformulakan dalam bentuk masker bagi mendapatkan kesan kebaikan maksimum 

- Untuk kesan terbaik, setiap kali menggunakan shampoo zarraz, amat digalakkan menggunakan hair mask ini

- Selain bagi rawatan rambut gugur, ia sangat bagus digunakan bagi mengatasi masaalah kulit kepala yang gatal, kelemumur dan yang sering menghadapi masaalah sakit kepala atau migran kerana masker ini amat sejuk.  Dapat melegakan urat saraf kepala anda.

- Ia dapat membantu memperbaiki struktur rambut yang rosak akibat daripada kerosakan kimia seperti mewarnakan rambut, mengerinting, meluruskan rambut agar rambut sihat semulajadi iaitu rambut lebih lembut dan bersinar dan memudahkan rambut untuk disikat,

Cara Penggunaan

i) Dalam keadaan rambut yang lembab, oleskan krim masker ini pada kulit kepala sehingga hujung rambut.  Lebihkan masker pada tempat yang mempunyai masaalah rambut.  Urutkan perlahan-lahan selama 3-5 minit agar penyerpan pada rambut berlaku.

ii) Cuci atau bilas rambut sebersih-bersihnya dengan air biasa atau sejuk untuk mendapatkan akar yang kuat.

iii) Keringkan rambut menjadikan ianya sedikit lembab untuk anda memakai hair serum.


3) Hair Serum

Dulu RM 85
Kini RM 68
Fungsi

- Serum rambut yang penuh dengan khasiat dapat merawat dari akar rambut hingga ke hujung rambut.  Menguatkan struktur rambut, memberi nutrisi agar anak-anak rambut aktif akan tumbuh semula dengan 5x ganda.  Ia amat bagus bagi membantu rambut rapuh.

Cara Penggunaan

i) Dalam keadaan rambut lembab atau kering, sapukan serum rambut ini pada kulit kepala yang bermasaalah yang sering mengalami rambut patah, kegatalan atau rambut yang kurang.

ii) Digalakkan juga disapukan pada hujung rambut yang bercabang atau rapuh.  Bagi kaum wanita yang bertudung, apabila rambut anda lembab selepas menyapu serum in, hendaklah mengeringkannya terlebih dahulu sebelum memakai tudung.

iii) Bagi kaum lelaki boleh dijadikan sebagai minyak rambut.  Bagi yang mempunyai masaalah boleh memakai sekerap 3x sehari dan bagi mereka yang tiada masaalah bolehla memakai 1x sehari untuk penjagaan.

Boleh Whatsapp, sms, call - 012 6140336

Friday 4 December 2015

Set Kulit Anda

Teks & foto : Iliza binti Ibrahim
Rujukan : Zarraz Paramedical
Whatsapp / SMS : 012 6140336


Set Kulit Kering Dan Berjeragat




Set Kulit Kering/Jeragat RM336.00
Set Kulit Kering Dan Berjeragat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72
  5. I Moisturizer 30ml - RM 64

Stem Cell Sleeping Gel
Stem Cell Serum
* Pilihan - Stem Cell Sleeping Gel dan Stem Cell Serum
Stem Cell Sleeping Gel boleh dipakai selang seli dengan I Moisturizer pada waktu malam manakala Stem Cell Serum boleh dipakai 2 @ 3 kali seminggu pada waktu malam.


Set Kulit Sensitif 1 - (Eczema / Psoriasis)Set Kulit Sensitif 2 - (Mangsa Hidrokuinon / Merkuri / Bahan Kimia)


Set Kulit Sensitif (eczema/psoriasis) RM 144.00
Set Kulit Sensitif 1 - (Eczema / Psoriasis)
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Sun Protection SPF50 (Acne & Sensitive) 30ml - RM 72
Set Kulit Sensitif - Mangsa hidrokuinon/merkuri/bahan kimia
RM 272.00
Set Kulit Sensitif 2 - (Mangsa Hidrokuinon/Merkuri/Bahan Kimia)
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
*Pemakaian hendaklah dimulakan dengan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 Acne Sensitive sehingga kulit sihat dan memberi kesan positif, biasanya mengambil masa 7 ke 14 hari bergantung kepada kondisi kulit anda.  Selepas itu barulah boleh memakai produk yang lain.


Set Kulit Berjerawat Dan Berminyak


Set Asas Kulit Jerawat RM 208
Set Asas Kulit Berjerawat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
Set Lengkap Kulit Jerawat RM 336.00
Set Lengkap Kulit Berjerawat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Essen Sebum Gel 30ml - RM 64
  5. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
*Bagi kulit berjerawat kecil digalakkan terlebih dahulu memakai Calming Cleansing Rose dan Sun Protection SPF50 Acne Sensitive sehingga jerawat reda dan bagi kulit berjerawat besar dan bernanah, apabila jerawat pulih barulah boleh memakai Essen Sebum Gel.


Set Kulit Normal



Set Kulit Normal RM 272.00
Set Kulit Normal
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72
* Boleh tambah I Moisturizer 30ml RM 64 atau Stem Cell Sleeping Gel 30ml RM 64 untuk dipakai pada waktu malam atau memakainya secara selang seli pada waktu malam.


Set Kulit Gabungan



Set Kulit Gabungan RM 336.00
 Set Kulit Gabungan
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Essen Sebum Gel 30ml - RM 64 (hanya kawasan T zone)
  5. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72



Thursday 3 December 2015

Jejak Kasih - Bahagian 4 (Akhir)

Teks & Foto : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 7

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Indonesia.  Hari terakhir untuk kami meronda sekitar Bandar Yogjakarta.  Pagi-pagi lagi selepas sarapan, kami bersiap sedia untuk keluar meronda.  Malangnya banyak kedai yang belum dibuka.  Kebanyakkannya, kedai akan dibuka pada pukul 10 pagi atau 11 pagi.  Sedangkan wakyu itu kami mesti bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.  Takpelah, ada beberapa kedai yang kelihatan baru membuka kedai masing-masing.  Bolehlah menghilangkan kempunan sebelum balik Malaysia.


Kedai-kedai ditepi jalan
Toko jamu

Lukisan batik Indonesia
Setelah selesai menghabiskan duit Rupiah, kami kembali ke hotel untuk bersiap-siap ke lapangan terbang.  Barang-barang telah pun diturunkan ke lobi hotel sambil menunggu kenderaan hotel untuk membawa kami ke lapangan terbang.   Disinilah berlaku perkara yang tidak akan  kami lupakan. 

Sangat mendebarkan.  

Ketika sibuk memunggah barang-barang kedalam kereta tanpa kami sedar, beg sandang yang sentiasa berada bersama suami saya telah tertinggal ditempat parking kereta hotel.  Dahla semua barang-barang penting dalam beg tu seperti pastport, telefon bimbit, beg duit, jam tangan yang baru beli, dan kamera.  Semasa dalam perjalanan saya tak nampak suami saya memegang beg tersebut.  Yang ada hanya jaket kulit ditangannya.  Alamak.  Saya terus bertanya suami tentang beg tersebut.  Dia pun terkejut, disangkanya yang dibawanya beg tapi rupanya jaket kulit.  Kami panik.  Habisla.  Ada jugak orang yang jadi pelarian nanti.  Bersama kami Ustaz Fauzi yang menenangkan kami.  Terus beliau menghubungi hotel tersebut.  Alhamdulillah.  Beg tersebut telah ditemui oleh pekerja hotel. Mereka akan menghantar beg tersebut dan kami perlu membayar kos perjalanan pergi dan balik. Takpela. Janji kami dapat balik beg tersebut.  Pengajaran.  Kecuaian telah berlaku dipihak kami dan kejujuran dipihak hotel tersebut.  Terima kasih.

Tamat.

Pengiktirafan

Teks : Iliza binti Ibrahim
Rujukan : Zarraz Paramedical

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengiktirafan
Kenapa ye tiba-tiba saya masukkan logo-logo kat atas.  Sebenarnya untuk menghilangkan perasaan ragu-ragu pelanggan tentang produk Zarraz Paramedical, jangan risau tentang kesahihan   produk ini.  
Produk Zarraz ni bukan sahaja kosmetik jagaan kulit yang biasa tetapi ia merupakan produk Paramedical dan ia merupakan produk penjagaan kulit dalam bentuk rawatan dan pencegahan semua masaalah kulit serta menambah kecantikan dan seri wajah. Ianya juga diperbuat dengan menggunakan teknologi nano yang menghasilkan molekul-molekul bersaiz kecil dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. 

Berminat : whatsapp / sms - 012 6140336