Thursday 3 December 2015

Jejak Kasih - Bahagian 4 (Akhir)

Teks & Foto : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 7

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Indonesia.  Hari terakhir untuk kami meronda sekitar Bandar Yogjakarta.  Pagi-pagi lagi selepas sarapan, kami bersiap sedia untuk keluar meronda.  Malangnya banyak kedai yang belum dibuka.  Kebanyakkannya, kedai akan dibuka pada pukul 10 pagi atau 11 pagi.  Sedangkan wakyu itu kami mesti bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.  Takpelah, ada beberapa kedai yang kelihatan baru membuka kedai masing-masing.  Bolehlah menghilangkan kempunan sebelum balik Malaysia.


Kedai-kedai ditepi jalan
Toko jamu

Lukisan batik Indonesia
Setelah selesai menghabiskan duit Rupiah, kami kembali ke hotel untuk bersiap-siap ke lapangan terbang.  Barang-barang telah pun diturunkan ke lobi hotel sambil menunggu kenderaan hotel untuk membawa kami ke lapangan terbang.   Disinilah berlaku perkara yang tidak akan  kami lupakan. 

Sangat mendebarkan.  

Ketika sibuk memunggah barang-barang kedalam kereta tanpa kami sedar, beg sandang yang sentiasa berada bersama suami saya telah tertinggal ditempat parking kereta hotel.  Dahla semua barang-barang penting dalam beg tu seperti pastport, telefon bimbit, beg duit, jam tangan yang baru beli, dan kamera.  Semasa dalam perjalanan saya tak nampak suami saya memegang beg tersebut.  Yang ada hanya jaket kulit ditangannya.  Alamak.  Saya terus bertanya suami tentang beg tersebut.  Dia pun terkejut, disangkanya yang dibawanya beg tapi rupanya jaket kulit.  Kami panik.  Habisla.  Ada jugak orang yang jadi pelarian nanti.  Bersama kami Ustaz Fauzi yang menenangkan kami.  Terus beliau menghubungi hotel tersebut.  Alhamdulillah.  Beg tersebut telah ditemui oleh pekerja hotel. Mereka akan menghantar beg tersebut dan kami perlu membayar kos perjalanan pergi dan balik. Takpela. Janji kami dapat balik beg tersebut.  Pengajaran.  Kecuaian telah berlaku dipihak kami dan kejujuran dipihak hotel tersebut.  Terima kasih.

Tamat.

No comments:

Post a Comment