Wednesday 9 December 2015

Proses Pemulihan

Teks / Rujukan : Zarraz Paramedical

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kisah benar

Puan A telah memcuba memakai produk Zarraz Paramedical bagi penjagaan kulit muka.  Tiba-tiba wajah si A naik jerawat halus dan menjadi kusam.  Tentu Puan A menyalahkan produk Zarraz Paramedical sebab sebelum ini muka beliau licin sahaja.  

Nanti dulu.

Sebagai agen/penasihat kecantikkan produk Zarraz Paramedical,  kita perlu tahu dan kaji mengapa perkara ini boleh terjadi.  Setelah diselidiki, rupa-rupanya, Puan A memakai produk  yang mengandungi bahan kimia seperti merkuri dan produk pemutihan hidrokuinon dalam jangka masa yang agak panjang.  

Tidak mustahil bila bertukar kepada produk Zarraz Paramedical yang diperbuat daripada alam semulajadi akan terdapat tindakbalas seperti yang dialami oleh Puan A.  Proses pemulihan akan bermula.  Bagi Puan A, beliau perlu mengamalkan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 terlebih dahulu selama 7-14 hari atau bergantung kepada tindakbalas keadaan kulit dan dengan perlahan-lahan disusuli dengan produk yang bersesuaian dengan kulit beliau.  Cara ini dinamakan proses pemulihan iaitu segala masaalah kulit akan dirawat dahulu sebelum proses mencantikkan kulit bermula.

Contoh, kita nak sangat rumah kita kelihatan cantik dan kemas.  Selesa didiami, tidak semestinya rumah mewah, memadai rumah yang sederhana.  Langkah pertama, mesti bersihkan dulu rumah tersebut, barulah dapat dihiaskan dengan hiasan kegemaran kita.  Barulah nampak berseri-seri.  Kalau rumah kotor, walaupun dihias dengan perhiasan yang mahal, tiada serinya. Begitu juga dengan wajah atau badan kita.  Jagalah sebaik-baiknya pemberian Allah kerana ini adalah amanah.

Wassalam...



No comments:

Post a Comment