Friday 20 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 1

Teks : iliza binti ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Kali ni saya nak tulis pengembaraan jejak kasih keluarga dari sebelah suami iaitu di Jawa Timur, Indonesia selama 6 hari.  Bermula dari 9.12.2012 hingga 15.12.2012. Seramai 12 orang dari ahli keluarga menyertai rombongan ini.  Tak lupa, jajan dari Malaysia menjadi buah tangan kami.  Selalunya bila kita melancong pasti kita tidur di hotel. Tapi pengembaraan kali ini lain dan sangat istimewa sebab kami akan menginap dirumah orang tempatan. Rumah saudara kami yang tidak pernah bersua muka.  Hanya telefon yang menjadi penghubung diantara mereka. Sangat teruja.

Lapangan Terbang Yogjakarta

Kediaman di Yogjakarta

Surau disebelah rumah

Mak bidan rupanya

Didepan kediaman
Pengembaraan kami bermula dari Yogjakarta, malam itu kami bermalam dirumah salah seoarang saudara.  Besar rumahnya dan didepan rumah terbentang indah sawah padi yang saujana mata memandang.  Nyaman.  Sebelah rumah terdapat sebuah surau yang dikatakan pembiayaannya dari orang Malaysia.  Didepan rumahnya terdapat sebuah bilik yang disediakan seperti sebuah klinik kecil untuk pemeriksaan ibu-ibu mengandung.  

Bersambung...

No comments:

Post a Comment