Thursday 12 November 2015

Jadilah Diri Sendiri

Teks : Iliza binti Ibrahim


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Sebenarnya, dalam kepala ni banyak sangat idea nak menulis tapi kebelakangan ni saya banyak urusan di luar, tu asyik tertangguh.  Walaupun cara penyampaian saya tidak sehebat mana tapi rasa nak menulis tu tetap ada disanubari.  

Maklumla, sekarang ni saya berada didunia yang baru.  Banyak benda baru yang saya pelajari dan temui.  Banyak benda baru yang ingin saya mencuba.  Salah satu ialah yang sedang saya buat sekarang. Menulis blog.  Masuk kelas menjahit.  Masuk kelas spa.

Sebenarnya, saya ni minat nak jadi agen hartanah tapi bila mengenangkan terpaksa memandu ke sana sini, minat tu menjadi berkurang.  Nak jadi agen insuran kereta.  Tiap-tiap bulan nak kena capai target.  Tak pasal-pasal jadi stress.  Jadi saya pilih apa yang saya nak buat, menyeronokkan dan tiada tekanan.  Lagipun kita bukan robot yang boleh diprogramkan dan yang tiada perasaan.

Buatlah apa yang rasa kita nak buat.  Dengan syarat, jangan melanggar perintah Allah.  Kadang-kadang kita takut untuk berubah, takut buat keputusan.  Takut apa orang kata.  Selagi ianya betul, buatlah.  Siapa tahu, dalam diri kita ada seekor naga walaupun kita kelihatan macam ular lidi.  

Saya pernah menonton iklan dari Thailand.  Kisah seorang gadis bisu yang teringin menjadi pemain biola.  Minat ini timbul kerana dia sering melihat persembahan seorang pakcik ni main biola di tepi jalan.  Bolehkah dia mencapai cita-citanya. Gadis ini sering bersedih dan menyesali dirinya yang cacat.  Mustahil baginya untuk menjadi pemain biola.  Satu hari, dia berpeluang bersemuka dengan pakcik tadi, lalu dia meluahkan perasaannya sambil menangis.

Setelah mendengar cerita gadis tadi, lalu pakcik tu berkata," Jangan bersedih nak, mengapa perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri".  Gadis tersebut terdiam seolah-olah baru tersedar dari mimpi.

Semenjak hari itu, beliau berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi pemain biola yang hebat. 

Sekian

No comments:

Post a Comment