Tuesday 24 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 3

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 3

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk bergerak ke kampung arwah bapa suami saya. Perjalanan sebenar akan bermula.  Kami akan bertolak ke Kediri, Tulungagung iaitu tempat kelahiran arwah ayah suami yang juga bapa mertua saya.

Selamat tinggal Ponorogo

Singgah sebentar ketika dalam perjalanan
Lebih kurang pukul 4.30 petang kami tiba di Kediri, Tulungagung.  Kami menginap dirumah sepupu suamiku.  Kami disambut meriah.  Pelbagai makanan terhidang.  Lupa lagi ambil gambar.

Hari ke 4

Hari yang dinanti-nantikan iaitu balik kampung arwah bapa mertua.  MasyaAllah, tak pernah pun saya bermimpi untuk sampai kesini.  Terima kasih Ya Allah. 

Rumah arwah atuk suamiku

Penjaga rumah

Kawasannya bersih
Walaupun rumah ini sudah tiada penghuni tetapi persekitarannya bersih kerana dijaga rapi oleh penduduk disitu yang telah diberi amanah untuk menjaga rumah tersebut.

Rumah induk

Ruang dapur
Terdapat sebuah lagi rumah arwah atuk suami saya, tetapi sayangnya sudah tidak berjaga.  Walaupun begitu keindahan rumah tersebut jelas kelihatan.  Rumahnya besar, terbahagi dua iaitu rumah induk dan dapur yang dipisahkan tempat laluan jalan kaki.  Rumah dulu-dulukan dapurnya selalu dibuat berasingan dari ruang tamu dan bilik tidur.  Setelah itu, kami singgah dipusara arwah atuk suami buat kali pertama, semoga bukan kali terakhir.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Toko atau kedai saudara yang mengeluarkan pakaian-pakaian bagi lelaki dan perempuan.  Apalagi, naik juling la mata nak memilih mana yang berkenan. Harga pulak sangat berpatutan. 

Alamak, mana satu nak pilih ni

Kalau kena duduk sehari suntuk kat sini pun takpe
Setelah kembali ke alam nyata, kami berangkat balik ke rumah sepupu suami.  Malam tu ada acara melawat rumah-rumah saudara mara yang berdekatan.  Kami juga dibawa ke restoren makanan sunda, sedap.  

Hari ke 5

Hari ini kami akan dibawa ke ladang epal iaitu di Malang.  Suhunya seperti di Cameron Hingland. Sejuk.  Hujan pun turun renyai-renyai.  Kalau nak harap kami datang sendiri, mungkin kami tak sampai kesini.  MasyaAllah, tak payah pergi negeri orang putih, disini pun ada ladang epal.  




Pintu masuk ladang epal

Benih dan anak pokok juga ada dijual



Dapat jugak panjat pokok epal
Hari ke 6

Hari terakhir kami di Kediri.  Kami akan bertolak ke Yogjakarta semula kerana penerbangan kami ke Malaysia keesokan harinya.


Bersama sepupu suami (kak nurul) dan suaminya

Bersama sepupu-sepupu suami, yang aku pegang tu pakar bedah dan suaminya
yang baju kotak-kotak tu, doktor gigi tapi mereka sangat sempoi

Inilah tukang masak yang sangat ceria sepanjang kami berada disana
Terima kasih, makanannya sangat enak

Bergambar sebelum erangkat pulang
Selamat tinggal semua.  Layanan yang diberikan, first class.  Semoga dapat bertemu kembali.  Rasa sedih jugak saat perpisahan walaupun saya ni bukanlah siapa-siapa pun dalam keluarga ini.  Hanya menumpang kegembiraan mereka tetapi layanan yang diberikan sangat terkesan dihati ini.

Pasar Agung Solo

Macam-macam ada
Dalam perjalanan ke Yogjakarta kami singgah ke Pasar Agung Solo.  Nasib naik kami dah membeli dipasar ni sedikit sebanyak sebab bila kami di bandar Yogjakarta, barang yang sama harganya sangat berbeza.  Mahal.  

Kami sampai di Yogjakarta malam.  Menginap di salah sebuah hotel disitu.  Malam tu sempat lagi mereka meronda bandar Yogjakarta naik kereta kuda.  Seronoknya. Tapi saya dah kepenatan.  Duk kat bilik je.  Tidur.

Ruang makan hotel
Bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment