Wednesday 18 November 2015

Pasar Pengkalan Chepa

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Dr Zulfahmy bin Hj Ibrahim

Kuih-kuih tradisional
Pernah tak pergi pasar pagi Pengkalan Chepa, Kota Bharu.  Sangat meriah.  Macam-macam aneka makanan untuk sarapan dijual disitu.  Rambang mata. Dah la macam-macam jenis ada, murah pulak tu.  Kuih-kuih yang dijual disitu kebanyakkan dijual dengan harga RM1.00 untuk 5 biji.  Setiap kali kami adik beradik balik kampung mesti berat badan naik mendadak.  Sebabnya, bila beli makanan dah macam orang kena rasuk.  Tak sedar diri.  Bila dah sampai rumah, baru perasan, banyaknya makanan nak kena habiskan.  Nanti membazir pulak. 

Pulut pagi
Ini makanan kegemaran saya.  Pulut dicampur dengan kacang dan di campur bersama kelapa. Sedapnya. Yang ini bukan semua orang boleh buat.  Hanya mak cik yang tertentu sahaja dipasar tu yang pandai masak pulut ni. Ianya biasa dibungkus dengan daun pisang.  Kalau lambat sampai, dapat tengok dulang kosong je lah.

No comments:

Post a Comment