Friday 16 October 2015

Mesir - Hari Kedua - Pagi

Teks : Iliza binti Ibrahim

Pagi-pagi lagi dah bersiap.  Nak pergi meronda.  Seronoknya.  Sarapan dulu.  Penting.  Untuk tenaga meronda.  Kami akan dibawa kebeberapa tempat lawatan.  Tak boleh bagi tahu sekarang.  Nanti tak 'surprise'.  Sabar ye.

Sarapan bersama suami dan teman-teman

Posing dulu di persekitaran hotel

Posing lagi

Perjalanan akan bermula

Tamar yang ranum

Dalam perjalanan ke piramid

Perjalanan yang diambil tidak lama.  Destinasi kami yang pertama ialah piramid yang terletak di Giza, salah satu dari tujuh keajaiban dunia.  MasyaAllah.  Besar betul piramid ni.  Aku bayangkan untuk melihat piramid perlu naik unta berjam-jam dipadang pasir.  Rupa-rupanya tidak jauh dari jalan utama.


Pintu masuk ke piramid

Banyak binatang tunggangan disekitar

Betapa besarnya batu piramid

Jang ja jalur itik jalur ayam (teringat kecik-kecik dulu)

Semoga cinta kami membawa ke syurga

Selesai acara menggelapkan kulit dipiramid kami akan dibawa melawat Sphinx.  Seronoknya.  Selalu tengok dalam televisyen je.  Sekarang dah ada depan mata.  Macam tak percaya.  Nak gelap pun gelapla wahai kulit.  Kami dah tak kisah.  Bukan selalu macam ni.

Aku tak tulis tentang sejarah tempat lawatan aku ni.  Sebab dah banyak blog yang menulis tentang sejarah.  Nanti tersilap tulis, lain pulak jadinya.  Lebih baik baca blog pakar tentang sejarah.  Betul tak.

Sekitar Sphinx terdapat ramai penjaja pelekat peti sejuk
Agak murah harganya

Selepas Sphinx, kami dibawa melawat kilang minyak wangi.  Macam-macam jenis minyak wangi yang dipamerkan.  Daripada taknak beli, terbeli jugak dua botol.


Kilang minyak wangi.  Dah penat
Sebenarnya masa lawatan ke Mesir, aku batuk dan demam.  Maklumla, baru lepas buat umrah. Kifarah.  Tapi kena kuatkan semangat.  Bukan senang untuk sampai kesini.  Alhamdulillah.

Sampai sini dulu ya.



No comments:

Post a Comment