Friday 9 October 2015

Selamat Tinggal Batu Karang

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hampir tiga tahun aku menderita sakit yang disangkakan gastrik.  Setiap kali aku sakit, pergi ke klinik, doktor kata aku mengalami gastrik.  Memang simpton-simpton yang aku alami sebijik macam orang sakit gastrik.  Masa sekolah dulu aku pernah ada gastrik.  Sakitnya seakan-akan sama tapi sakit yang ini lagi teruk.  

Suatu malam, kira-kira pukul 1 pagi, sakit ini menyerang lagi.  Biasanya aku ke klinik 24 jam bila sakit ni menyerang selepas klinik biasa tutup.  Tetapi kali ni suamiku membawa aku ke Hospital, Rawatan Kecemasan.  Aku terus diperiksa dan dimasukkan air melalui jarum yang dicucuk ditangan. 
Kemudian aku diberi surat rujukan ke hospital untuk berjumpa pakar.  Dua hari selepas tu, aku buat temujanji untuk berjumpa pakar.  

Tepat waktu yang dijanjikan, aku telah bersedia didepan bilik doktor.  Berdebar jugak.  Ya Allah, janganlah aku diduga dengan penyakit yang merbahaya.  Masuk bilik doktor, bila diberitahu simpton-simpton yang aku alami.  Terus doktor yang berpengalaman tersebut bagi tahu "Awak ada batu karang kat hempedu" dan doktor tersebut mengarahkan aku pergi buat 'ultra sound'. 

Betul kata doktor tersebut. Ada sebiji batu karang yang dengan sedang mendiami dalam pundi hempedu. 

Keesokkannya aku terus masuk wad dan akan dibedah dalam pukul 11 pagi.  Dua minggu sebelum Ramadhan tahun 2012. 

Alhamdulillah.  Aku selamat dibedah.  Terima kasih Ya Allah. 

Selepas solat maghrib, aku didatangi tetamu, kakak ipar dan anak-anak saudara
Terima kasih datang dan menceriakan suasana


Jeligamat yang mengandungi 99 peratus kologen, sesuai bagi sesiapa yang melakukan pembedahan, mempercepatkan penyembuhan luka atau kesan pembedahan.

Bagi sesiapa yang berminat, bolehla wasap saya 012 6140336 atau klik terus pada
http://ilizaibrahim.blogspot.my/2015/10/kologen.html

No comments:

Post a Comment