Teks : Iliza binti Ibrahim
Alhamdulillah
Selesai lawatan dikilang minyak wangi, kami akan dibawa ke Masjid dan Kubu Salahuddin Al Ayubi di Kaherah. Salahuddin Al Ayubi dan pasukan tenteranya telah mengalahkan Pasukan Tentera Salib sebelum memerintah Mesir. Beliau meninggal dunia ketika berusia 55 tahun pada 16 Safar 589H bersamaan 21 Februari 1193. Perginya seorang pahlawan islam yang sukar dicari ganti.
|
Benteng Kubu Salahuddin Al Ayubi
|
|
Masjid Ali Pasha yang terletak dalam kubu |
|
Mendengar taklimat tentang sejarah Masjid Ali Pasha |
Masjid Ali Pasha ni tidak digunakan untuk solat 5 waktu. Sekarang ianya menjadi kawasan pelancongan dan dihiasi dengan lampu-lampu syiling yang berusia ratusan tahun.
|
Pelancong menikmati keindahan masjid |
|
Seni ukiran yang halus pada siling masjid |
Setelah itu kami menuju ke Galeri gambar
papyrus. Gambar lukisan yang dilukis diatas kertas yang dibuat daripada pohon
papyrus.
|
Dalam perjalanan ke galeri, merentasi Sungai Nil |
|
Teksi Mesir kut |
|
Belajar cara-cara buat kertas daripada pohon papyrus |
|
Lukisan yang dipamerkan |
Pohon-pohon papyrus tersebut dihiris nipis-nipis lalu direndam air beberapa malam lalu disusun bersilang-silang dan ditindih dengan batu supaya ianya mampat. Selepas itu, bolehla dibuat lukisan.
|
Kat sini pun ada tut-tut |
Berakhirlah sudah untuk hari kedua. Sebenarnya malam ni ada makan malam atas kapal sambil belayar di Sungai Nil, tapi aku dan suami tak pergi. Penat. Cukupla makan dihotel. Lagipun pemandu pelancong bagi tahu, kat atas kapal tu ada tarian Mesir. Faham-faham je la. Tak pasal-pasal hilang pahala aku yang baru balik dari umrah. He..he..
No comments:
Post a Comment