Tuesday 20 October 2015

Belajar Menjahit - Bahagian 1

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seronoknya.  Dah lama kemahiran ni aku pendam. Dah berkarat.  Sekarang sedang 'refresh'.
Menjahit.  Lepas Sijil Pelajaran Malaysia, aku pernah belajar menjahit.  Aku praktikkan untuk jahit baju sendiri.  Lepasla baju untuk pergi kerja waktu tu.  Makin lama makin malas.  Lalu, aku tempah je baju.

Setelah lebih 20 tahun, minat tu timbul balik.  Sebelum ni, setiap aku saya bangun tidur, aku ternampak gunting (dalam fikiran).  Beberapa minggu jugakla perkara ni aku alami.  Apa maksudnya ya.  Adakah ini ilham dari Allah.

Hari ini adalah hari kedua, aku hadir ke kelas.  Semalam belajar menggunting, hari ni cantum baju.  

Kalaulah selepas ini aku jadi seorang tukang jahit, masinlah mulut ayahku.  Beliau pernah mencadangkan aku belajar menjahit hingga peringkat tertinggi.  Buka kedai jahit.  Tapi kebetulan waktu itu, dapat pulak surat sambung belajar.  Aku pilih sambung belajar.

Belajar betul-betul ya
Terpaksa guna kertas surat khabar, kedai yang jual kertas minyak tutup pulak semalam.  Tak kisahla, janji aku dapat belajar.  Semoga ilmu ni memberi manfaat.  Amiiin.

Oh ya, nanti aku masukkan gambar hasil air tangan aku yang pertama ye.

No comments:

Post a Comment