Saturday 24 October 2015

Demam Kepialu

Teks : Iliza binti Ibrahim
Rujukan : Harian Metro - Khamis - 22 Oktober 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam (23 Oktober 2015), sehari suntuk kepala aku sakit.  Jenuh letak minyak angin, sakit tetap sama.  Mood nak menulis blog hilang entah kemana.  Idea ada tapi kepala rasa berat.  Risau pulak. Maklumla sekarang ni hebuh tentang demam kepialu.  Sebelum tu, aku ada terbaca di Harian Metro simpton-simpton demam kepialu.  Cepat-cepat aku capai suratkhabar tersebut.  Sekali lagi aku baca simpton-simpton tersebut.

Alhamdulillah.  Hanya simpton nombor dua sahaja yang aku ada.  Harap-harap setakat itu sahaja gejala penyakit aku.  Janganla berlarutan.  Dibawah ini disenaraikan simpton-simpton demam kepialu.  Rujukan dari Harian Metro.

1. Demam dengan suhu 39 hingga 40 darjah celcius
2. Sakit kepala
3. Sakit otot
4. Cirit birit
5. Sakit seluruh badan
6. Timbul ruam dikulit
7. Najis cair warna hijau
8. Selepas beberapa hari cirit-birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih juadah dipremis yang disediakan.  Penyakit ini amat merbahaya dan boleh membawa kematian.  Semoga kita dijauhkan dari penyakit ini. 




No comments:

Post a Comment