Tuesday 20 October 2015

Ingatan Dari Kaabah

Teks : Iliza binti Ibrahim

Buku karangan Dato' Ustaz Haji Daud Che Ngah

Buku yang sedang aku baca sekarang.  Memang bagus. Beliau adalah bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji dan sekarang beliau adalah Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel And Tours Sdn Bhd.  Aku pun pernah menunaikan umrah bersama syarikat ini. Ada masa nanti akan ku ceritakan pengalaman aku bersama syarikat ini.  Terbaik.


Terdapat 55 kisah yang dimuatkan dalam buku ini dengan harga RM 8.00 sahaja.  Keluaran Karya Bestari.  Sangat berbaloi.

Petikan dari buku ini.  Cerita yang ke 46 bertajuk Buah Dari Keikhlasan Bersedekah.

Semasa mengerjakan haji, terdapat sepasang suami isteri berasal dari Indonesia.  Pasangan suami isteri ini bernama Pak Anton dan Ibu Retno.  Mereka bukan dari kalangan orang yang berada.  Tetapi keinginan mereka untuk mengunjungi rumah Allah tidak pernah padam.  Menyedari perkara itu, sejak muda lagi mereka mula mengumpul duit.  Tetapi berapa sangatlah yang dapat mereka kumpul dengan hasil menjual bakso.  Tambahan pula, kos mengerjakan haji semakin meningkat.  

Suatu hari, tersebarlah perkhabaran jiran mereka sakit dan memerlukan wang dengan segera untuk pembedahan.  Seluruh jiran tetangga telah menghulurkan bantuan.  Tetapi masih tidak mencukupi. Lalu Pak Anton terfikir tentang simpanannya untuk menunaikan haji.  Dengan persetujuan isterinya, Pak Anton menyerahkan wang tersebut untuk membiayai pembedahan jirannya.  Fikirnya, mengerjakan haji adalah ibadah, bersedekah juga ibadah.  Pembedahan dapat dilakukan.

Doktor pakar yang merawat jiran tersebut merasa hairan, bagaimana pesakit tersebut dapat mengadakan wang tersebut sehingga mencukupi.  Lalu terkeluarlah cerita tentang Pak Anton bersedekah dari simpanannya untuk mengerjakan haji.  Doktor pakar tersebut minta diperkenalkan dengan Pak Anton.

Keesokan harinya, Pak Anton dan Ibu Retno diperkenalkan kepada pakar tersebut.  Mereka dipelawa masuk kebilik.  Ketika didalam bilik tersebut, doktor pakar itu berkata, "Bapak, tahun ini kami sekeluarga ingin menunaikan haji,  Kebetulan ada rezeki lebih, maka saya ingin membawa bapak bersama ibu bersama saya.  Boleh saya daftarkan nama bapak berdua" tanya doktor pakar tersebut dengan penuh ikhlas.

Pak Anton dan Ibu Retno terdiam sejenak sambil berpandanga.  Tidak kuat lagi menahan keharuan. Pak Anton lalu memeluk doktor pakar yang dermawan tersebut.  "ALLAH Maha Kaya"ucapnya lirih ditelinga doktor pakar tersebut.

Begitulah kisah seorang penjual bakso dapat mengerjakan haji.  ALLAHUAKBAR.


No comments:

Post a Comment