Tuesday 27 October 2015

Mesir - Hari Keempat - Petang - Akhir

Teks : Iliza binti Ibrahim

Selesai makan, perjalanan diteruskan menuju ke Masjid Ar Rifa'i untuk menunaikan solat jamak. 


Dalam perjalanan
 
Didalam Masjid Ar Rifa'i

Makam Sultan Faruq

Makam dalam masjid
Selesai solat, kami bertolak ke Universiti Al Azhar.  Tapi bukannya pergi ke universiti tu, kami pergi ke tempat membeli belah iaitu Khan El Khalili yang berdekatan dengan universiti tersebut.  Barang-barang disini boleh dikatakan murah.  Tempat terakhir lawatan kami.  Bolehla nak curahkan air kat tempayan tu.

Pemandangan disekitar berdekatan dengan Khan El Khalili

Khan El Khalili
Rambang mata

Naik juling
Baju-baju ni sangat murah.  Hanya RM 15.00. Pengsan

Kepenatan selepas mencurah air ditempayan
Malam itu, dengan berat hati kami bertolak ke Malaysia.  Semoga kami dapat kembali lagi ke sini sebab banyak lagi tempat-tempat bersejarah belum diterokai.  Rumusan, bagi saya Mesir banyak tempat-tempat bersejarah tetapi tidak dijaga.  Sayang.  Banyak kesan-kesan sejarah hampir ditelan zaman.  Kebersihan tidak diutamakan.  Walaupun begitu, aku tetap rindu kenangan disana.  Selamat tinggal Bumi Mesir.  Bersama-sama ini disertakan video yang sempat dirakam ketika menyusuri Sungai Nil.

Sungai Nil

Terimakasih kepada Andalusia Travel - Tahun 2011





No comments:

Post a Comment