Tuesday 13 October 2015

Abdul Rahim Awang

Teks : Iliza binti Ibrahim

Generasi Yang Hilang

Novel Generasi Yang Hilang karangan oleh Abdul Rahim Awang yang masih aku simpan hingga kini.  Aku tertarik dengan novel ini ketika membaca sinopsis dibelakang novel tersebut.  Novel ini berkisar tentang keluarga En Murad, ianya bermula apabila En Murad telah menggunakan wang syarikat untuk membiayai perkahwinan anak perempuannya.

Malangnya, beliau tidak sempat menggantikan duit tersebut sebab syarikat tersebut akan diaudit dalam masa terdekat.  Beliau bercadang untuk menggantikan duit tersebut dengan bonus yang akan diterima tetapi tidak kesampaian.  

Untuk mengelirukan majikannya, beliau mula mereka suasana rompakan di pejabatnya.  Beliau memukul pengawal keselamatan dengan tujuan untuk mencederakannya, tetapi sebaliknya berlaku. Pengawal keselamatan tersebut meninggal dunia.  Segala konflik keluara En Murad bermula dari sini.

Kredit kepada Goodreads

Terpaksa buat carian melalui google sebab novel-novel aku masih lagi dalam kotak.  Aku baru berpindah rumah.  Terima kasih En google.

Sekali lagi aku jadi peminat pada seorang novelis.  Aku baca novel biasanya berdasarkan penulisnya. Selain daripada novel, aku tidak kisah siapa penulisnya tetapi ada juga buku-buku ni yang aku ikuti penulisnya.

Bila aku sukakan seseorang penulis tu, aku pasti akan cari semua buku atau novelnya.   Kesimpulannya, memang aku ni lebih utamakan siapakah penulisnya sebelum aku baca novel atau buku tersebut.  Buat masa ni lah.  Akan datang belum pasti.  

No comments:

Post a Comment