Monday 11 January 2016

Sokongan kawan-kawan

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Ehsan Google

Assalamualaikum dan salam ceria semua


Perkampungan 
Disebuah kampung terpencil, tinggal sekumpulan orang-orang yang bekerja sebagai petani atau bekerja masuk hutan untuk mencari hasil-hasil hutan untuk dipasarkan.  Dikampung itu juga tinggal sebuah keluarga bukan bangsa melayu yang menjadi yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Sudah 2 keturunan mereka berniaga dikampung tersebut.  Kehidupan mereka boleh dikatakan senang berbanding dengan kehidupan penduduk kampung yang lain. 

Ali, merupakan penduduk kampung tersebut yang mempunyai sedikit pelajaran dan beliau sering memerhatikan kehidupan tuan kedai runcit tersebut.  Dia juga bercita-cita untuk menjadi seperti tauke kedai tersebut.  Dalam diam, Ali mengumpul modal sedikit demi sedikit untuk dijadikan modal dalam perniagaannya kelak. 

Setelah dirasakan cukup, Ali membeli sebuah basikal terpakai.  Agak buruk tapi boleh dibaiki dan masih boleh digunakan.  Hasilnya cukup mengembirakan Ali.  Langkah kedua, dia perlu mencari peraih atau nelayan untuk mendapatkan bekalan ikan.  Ya, Ali akan berkeliling kampung untuk menjual ikan dengan menggunakan basikal.  Perkampungan nelayan terletak 20 kilometer dari kampungnya.  

Esoknya, pagi-pagi lagi Ali sudah keluar rumah untuk mendapatkan ikan diawal pagi supaya dia dapat menjual kepada orang-orang kampung sebelum tiba waktu memasak.  Dia akan memastikan sampai semula ke kampung sebelum pukul 10 pagi.  Setelah selesai mendapatkan  stok ikan, Ali berkayuh dengan semangat untuk mula berniaga.  Hatinya berbunga-bunga bila mengenangkan ikannya akan habis dijual.  Dalam perjalanan Ali berangan-angan pasti kawan-kawan sekampungnya akan menyokong perniagaannya dan sebagai balasan, Ali akan menjual ikan-ikannya dengan harga yang lebih murah daripada kedai runcit tersebut.  Lagipun modalnya hanyalah sebuah basikal buruk dan sudah pasti stok ikan.  Dia juga berniat ingin membantu orang-orang kampungnya dengan harga yang murah dan ikan yang segar.  Untung sikit takpe.  Cukupla buat permulaan.  Lagipun apa yang penting, rezeki yang halal dan berkat.  Fikirnya lagi, dengan keuntungan yang dia perolehi nanti, dia ingin membaiki atap rumahnya yang bocor.  Membeli sedikit keperluan untuk anak-anak dan isteri. Ali tersenyum lagi.  Walaupun kerinagat membasahi seluruh badannya, tapi Ali tetap bersemangat dan yakin dia pasti berjaya.  Lagipun satu kampung mengenalinya.  Dia juga ringan tulang.  Pantang ada orang minta tolong, pasti dia akan menolongnya tanpa mengharapkan balasan.  

Sedang berkayuh, sekali lagi Ali menoleh kebelakang.  Kelihatan ikan-ikan yang segar tersusu rapi dalam kotak kayunya yang diletakkan ditempat pembonceng.  Sesekali terlintas difikiran Ali, macamana kalau tak laku, tak mungkin, kalau tak habis pun mungkin sedikit.  Lebihan tu nanti bolehla dimasak dan dimakan bersama anak-anak dan isteri nanti.  Dia semakin hampir memasuki kampungnya.  Semakin bersemangat.  Dari jauh kelihatan kaum ibu sibuk berkumpul sambil tangan menggendong anak masing-masing dan ada juga yang sedang berkejar dengan anak-anak.  Sedang mesyuaratla tu.  Bisik hati Ali sambil melemparkan senyuman kepada ibu-ibu tersebut.  Ali memberhentikan basikal di depan perkumpulan tersebut.  Belum pun bersuara, para ibu tersebut terus berkerumun sambil mulut becok bertanyakan macam-macam soalan.  Setelah Ali menerangkan tujuannya,  mereka tanpa berlengah memilih ikan-ikan tersebut.  Wah..masing-masing mengambil sekilo seorang.  Ali merasa gembira.  Ada yang membayar terus tapi ada juga yang berhutang. Perniagaan Ali pada hari itu sangat memberangsangkan.  Begitula Ali, berniaga setiap hari tapi malangnya, lebih ramai yang berhutang daripada yang membayar tunai.  Duit tak mencukupi untuk pusingan modal.  Orang-orang yang berhutang pula asyik melarikan diri.  Setiap kali Ali ingin mengutip hutang, setiap kali itulah Ali merasa yang dia seolah-olah meminta sedekah dari mereka. Yang peliknya, dengan tauke kedai runcit tersebut mereka boleh bayar tunai tapi bila membeli dengannya, mereka sering meminta hutang.  Padahal mereka semua tu kawan-kawannya.

Setelah dua bulan dia bertahan, akhirnya perniagaan Ali terpaksa dihentikan.  Tiada pusingan modal. Basikal terpaksa dijual kembali untuk menyelesaikan hutangnya kepada peraih sebab kekurangan modal.  Itupun ada peraih yang bersimpati kepadanya untuk mendahulukan stok ikan.  Tetapi mereka pun perlukan duit sepertinya juga.

Kini, Ali kembali seperti dulu.  Masuk hutan untuk mencari hasil hutan yang tidak seberapa....

Sekian




No comments:

Post a Comment