Thursday 14 January 2016

Rindu Serindunya

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Izana binti Hj Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Hari ni nak bercerita tentang taska adikku.  Adik bongsu. Dengan berbekalkan modal hasil simpanan sendiri, adikku yang berkelulusan Msc In Medical Microbiology dan Degree In Chemical dari Universiti Sains Malaysia nekad menubuhkan sebuah taska yang dikongsi bersama teman baiknya. Maka tertubuhla sebuah taska yang diberi nama Taska Qaseh Anakku (Permata) secara rasminya pada tahun 2013. Disini diterapkan bahasa inggeris dan mengaji quran. (Macam cerita sejarah pulak rasanya).


Haziq berusia setahun setengah bersama ulat bulu yang dihasilkan olehnya
Emerson dan Deeny

Siapa sangka, kanak-kanak berusia setahun setengah boleh menghasilkan kraf tangan yang mengkagumkan.  Haziq namanya.  Walaupun pemalu tapi bijak orangnya.  Pakwe hensem yang sedang posing berdua tu pulak, pelajar yang mula-mula melapor diri di taska tu.  Masing-masing berusia setahun lebih ketika itu.  Emerson ni anak campuran.  Mak melayu, ayah Nigeria.  Bijak jugak orangnya,  Walaupun pada mulanya, dia suka sangat memberontak tapi lama kelamaan perangainya semakin berubah, makin pandai bertolak ansur dan rajin membantu.  Jika adikku sampai ditaska bersama barang-barang yang banyak, pasti dia datang ingin membantu.  Cuba mengangkat dengan kudrat yang kecil.  Emerson juga suka berkemas.  Selesai makan, pinggannya akan diletak dalam sinki.  Pinggan kawan-kawannya pun dia tolong kutip.  Jika ada makanan yang tidak habis, sisa makanan tersebut dimasukkan dalam tong sampah dulu, barulah pinggan dimasukkan dalam sinki.  Badannya yang tinggi berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya menyebabkan senang untuk dia meletakkan pinggan tersebut.  Yang melucukan, Haziq pun cuba meniru, tetapi dia salah faham.  Bukan sisa makanan yang dimasukkan dalam tong sampah tetapi dengan pinggan-pinggan sekali dicampaknya dalam tong sampah. 

Si montel Deeny pun tak kurang dengan kelucuannya.  Penyakitnya suka berpura-pura pengsan bila ada orang yang tidak dikenali datang ke taskanya.  Dia akan pengsan dimana saja dia berada.  Dengan pipi yang temban, dia akan membuka matanya sedikit untuk melihat samaada orang yang tidak dikenali masih ada atau sudah balik.  Kalau dia berada diluar rumah atau didapur, tempat yang tidak sesuai untuk pengsan, dia akan mengeraskan badannya kat situ sambil membelakangkan tetamu yang datang.  Biasanya aku tak kisah, dia nak pengsan ke nak mengeraskan badan ke, aku pasti cubit-cubit pipi tembamnya.  Lagi senang.  Comel sangat.  

Banyak lagi watak-watak lain ditaska ni.  Tetapi aku lebih mengenali mereka yang awal-awal mendaftar di taska tersebut.  Waktu makan memang dinanti-nantikan anak-anak ini.  Sehinggakan bila adikku mula masuk dapur untuk memasak mereka mula duduk bersila sambil menadah tangan untuk membaca doa makan padahal baru je selesai makan pagi.  Mereka amat berselera.  Mana taknya, menu yang adikku sediakan memang sedap.  Aku pun terliur.  Tom yam, ayam masak stew, ayam masak kicap sekali sekala nasi hujan panas.  Ibu bapa masing-masing hairan, setiap kali balik rumah, mereka dah kenyang, langsung taknak makan, Hari cuti pun mereka meminta ibubapa masing-masing hantar ke taska.   

Tapi semua itu tinggal kenangan.  Emerson mengikut ibu bapanya berpindah.  Deeny pula dijaga oleh bapanya, memandangkan abang Deeny dah masuk tadika, Deeny senang untuk dijaga kata bapanya. Aku sering melihat gambar mereka.  Aku yang sesekali berjumpa pun rindu, apatah lagi adikku. Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.  Rindu.

Sekian...

No comments:

Post a Comment