Friday 21 October 2016

SEDEKAH MIE AYAM


Assalamualaikum

Maha suci Allah..saya benar-benar terkesan dengan naskah ini.  Baru saya sedar tentang kehidupan ini...

Bersedekah

Apa tanggapan kalian semua tentang bersedekah.  Saya sering membaca tentang bersedekah, mudahnya menjemput rezeki dengan bersedekah, mendapat balasan yang berlipat kali ganda setiap kali bersedekah dan macam-macam kebaikan lagi tentang bersedekah.

Saya tidak menafikan perkara ini, mungkin pada kalian ianya benar tapi saya hampir berputus asa kerana apa yang saya amalkan sebagaimana kalian lakukan tidak berhasil pada saya.  

Amalan bersedekah telah saya amalkan dari dulu lagi malahan keutamaan diri sendiri diketepikan dengan harapan Allah akan membalas kebaikan saya ini.  

Tapi harapan tinggal harapan, kehidupan saya makin teruk, makin ditimpa masalah...semakin perit. Saya selalu terfikir, adakah Allah tidak menerima sedekah saya, solat saya dan kebaikan-kebaikan yang telah saya lakukan. Adakah doa saya tidak sampai kepadaMu Ya Allah. Jahat sangatkah saya, hina sangatkah saya, dosa besar apa yang telah saya lakukan.

Saya cuba lagi mendekatkan diri padaMu Ya Allah. Solat sunat dhuha, solat malam, mengaji dan berzikir. Tiada perubahan, cuma hati ini semakin tenang tapi hati masih tertanya-tanya..adakah Allah menerima apa yang saya lakukan...

Petang ini, saya mendapat jawapannya...Maha Suci Allah..melalui drama Sedekah Mie Ayam benar-benar menginsafkan saya. Dia Maha Mengetahui...

Walaupun drama ini diambil dari kisah teladan yang mungkin ramai mengetahuinya iaitu berkisarkan kisah seorang wanita yang menolong seorang anak kecil ketika anak itu kesusahan.  Selepas 15 tahun berlalu, wanita yang baik hati itu sakit dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembedahan tapi mereka tidak mampu tetapi pembedahan tetap diteruskan. Apabila menerima bil hospital...tercatit pada bil tersebut ' kos pembedahan telah selesai dengan semangkuk mie ayam'. Rupa-rupanya anak yang dibantu tersebut telah menjadi seorang doktor. Maha suci Allah.

Allah membalas kebaikan seseorang itu dalam pelbagai cara dan tepat pada waktunya. Allah lebih mengetahui. Samada cepat atau lambat atau Allah menyimpannya diakhirat nanti. Hanya Allah yang tahu. 

Usah dipertikaikan lagi. 

1 comment: