Wednesday 1 June 2016

Noorah

Teks : iliza binti ibrahim
Foto : iliza binti ibrahim

Assalamualaikum dan salan ceria


Baru selesai baca buku travelog tarbiah kelauaran galeri ilmu bertajuk Noorah.  Ia mengisahkan tentang perjalanan kehidupan seorang wanita Inggeris yang bernama Kathryn yang kembali kepada fitrah dalam usia belasan tahun. Beliau merupakan seoarang wanita yang sangat berani dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini.  Redha dalam semua ujian yang datang kepadanya.

Kisah beliau sangat memberi inspirasi kepada pembaca. Berjaya menjentik emosi ini.  Buku setebal 292 mukasurat ini adalah hasil dari temuramah Ummu Hani Abu Hassan bersama Noorah dikediaman beliau di Kota London.

Saya sangat menyarankan buku ini untuk dibaca kerana saya merasakan buku ini memberi kekuatan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.  Semoga Noorah diberi kekuatan dalam menempuh liku-liku hidupnya.  Aamiiin.

No comments:

Post a Comment