Friday, 20 November 2015

Testimoni Eczema

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza ibrahim - 012 6140336

Eczema 5 tahun
Pesakit diatas telah mengidap eczema selama 5 tahun dan telah berjumpa doktor pakar namun tidak juga sembuh.  Satu hari, kakak kepada pesakit ini telah memperkenalkan produk Zarraz Paramedical dan beliau mencubanya.  Alhamdulillah, beliau telah sembuh sepenuhnya dalam masa 2 minggu dengan hanya memakai Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF 50.

Baby comel
Testimoni kedua ialah baby comel ni, ruam susu.  Ambil sedikit Calming Cleansing Milk dan sapukan ditempat yang terkena ruam susu.  Biarkan 2 atau 3 minit, bilas dengan air tapis atau air mineral hingga bersih.  Lapkan sehingga kering kemudian sapukan Sun Protection SPF 50.  Hasilnya, Alhamdulillah.  

Jejak Kasih - Bahagian 1

Teks : iliza binti ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.  Kali ni saya nak tulis pengembaraan jejak kasih keluarga dari sebelah suami iaitu di Jawa Timur, Indonesia selama 6 hari.  Bermula dari 9.12.2012 hingga 15.12.2012. Seramai 12 orang dari ahli keluarga menyertai rombongan ini.  Tak lupa, jajan dari Malaysia menjadi buah tangan kami.  Selalunya bila kita melancong pasti kita tidur di hotel. Tapi pengembaraan kali ini lain dan sangat istimewa sebab kami akan menginap dirumah orang tempatan. Rumah saudara kami yang tidak pernah bersua muka.  Hanya telefon yang menjadi penghubung diantara mereka. Sangat teruja.

Lapangan Terbang Yogjakarta

Kediaman di Yogjakarta

Surau disebelah rumah

Mak bidan rupanya

Didepan kediaman
Pengembaraan kami bermula dari Yogjakarta, malam itu kami bermalam dirumah salah seoarang saudara.  Besar rumahnya dan didepan rumah terbentang indah sawah padi yang saujana mata memandang.  Nyaman.  Sebelah rumah terdapat sebuah surau yang dikatakan pembiayaannya dari orang Malaysia.  Didepan rumahnya terdapat sebuah bilik yang disediakan seperti sebuah klinik kecil untuk pemeriksaan ibu-ibu mengandung.  

Bersambung...

Sayangi Kulit Kita

Rujukan : Zarraz Paramedical

Jom cek kulit kita - perlukan bantuan, hubungi saya - 012 6140336

012 6140336
Sayangilah kulit kita sebab tanpa kulit, pasti organ dalaman kita dapat dilihat oleh semua orang.   Lagipun kalau dah rosak teruk, bukannya ada dijual dikedai alat ganti. Betulkan.

Ingin bertanya - Iliza binti Ibrahim 012 6140336

Wednesday, 18 November 2015

Pasar Pengkalan Chepa

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Dr Zulfahmy bin Hj Ibrahim

Kuih-kuih tradisional
Pernah tak pergi pasar pagi Pengkalan Chepa, Kota Bharu.  Sangat meriah.  Macam-macam aneka makanan untuk sarapan dijual disitu.  Rambang mata. Dah la macam-macam jenis ada, murah pulak tu.  Kuih-kuih yang dijual disitu kebanyakkan dijual dengan harga RM1.00 untuk 5 biji.  Setiap kali kami adik beradik balik kampung mesti berat badan naik mendadak.  Sebabnya, bila beli makanan dah macam orang kena rasuk.  Tak sedar diri.  Bila dah sampai rumah, baru perasan, banyaknya makanan nak kena habiskan.  Nanti membazir pulak. 

Pulut pagi
Ini makanan kegemaran saya.  Pulut dicampur dengan kacang dan di campur bersama kelapa. Sedapnya. Yang ini bukan semua orang boleh buat.  Hanya mak cik yang tertentu sahaja dipasar tu yang pandai masak pulut ni. Ianya biasa dibungkus dengan daun pisang.  Kalau lambat sampai, dapat tengok dulang kosong je lah.

Tijoh

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Izana binti Hj Ibrahim

Tijoh
Dia hidup dalam air.  Dalamnya banyak pasir.  Selalunya bila beli, dia masih hidup.  Balik rendam air bersama cili api yang dipatah-patahkan.  Nanti dia rasa pedih, pasir akan keluar.  Ia selalunya dimasak air je atau bening kata orang Jawa.  Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang dan serai yang telah diketuk.  Jangan lupa, garam.  Sedap.  Rasa kemanisannya.  Tapi, ianya hanya banyak di pantai timur.  Kalau di Kuala Lumpur ni susah nak jumpa.  Kalau di Kelantan namanya Tijoh.  Kalau kat Kuala Lumpur ni tak pasti pulak panggil apa. Katijah atau Keti atau orang KL memang tak kenal spesis siput ni.

Walau apa pun panggilannya, ianya sedap tapi susah nak dapat sebab ia akan muncul musim tengkujuh je.  Musim lain tak tahu ke mana dia menghilang.

Promosi Pek Percubaan RM 100.00

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza binti Ibrahim - 012 6140336

One Solution
Ianya terdiri daripada :

a) Calming Cleansing Milk - 15ml
b) Firming Cleanser - 25ml
c) Essense Sebum Gel - 10ml
d) Sum Protection SPF 50 - 10ml

Ianya sesuai untuk :

1) Kulit normal, kering dan matang
2) Kulit berminyak, berjerawat kecil dan besar
3) Kulit sensitif, gatal, kulit mengelupas dan eczema
4) Kulit gabungan

 Tawaran Hebat

Dulu RM 150.00 tapi kini RM 100.00 sahaja selagi stok masih ada.



Motor Vespa

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Dr Zulfahmy bin Hj Ibrahim

Vespa
Tahun 70an memang terkenal dengan motor vespa ni. Tidak mengira usia.  Tua atau muda. Ayah saya juga mempunyai motor vespa seperti ini. Yang paling best kalau dapat berdiri kat depan tu. Muka ditiup angin, seronok betul. Sejam berdiri pun saya rela. Paling tak best bila dah sampai destinasi, rambut jadi kusut masai. Maklumla, waktu tu tidak diwajibkan pakai topi keledar. Jalan pun tidak sesak seperti sekarang. Lengang je. 

Semuanya sudah menjadi kenangan.  Masa lalu yang telah jauh meninggalkan kita dan tidak mungkin akan kembali lagi.  Tinggal ia menjadi memori yang terindah.

Betul la kata-kata orang, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah.