Wednesday, 18 November 2015

Pasar Pengkalan Chepa

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Dr Zulfahmy bin Hj Ibrahim

Kuih-kuih tradisional
Pernah tak pergi pasar pagi Pengkalan Chepa, Kota Bharu.  Sangat meriah.  Macam-macam aneka makanan untuk sarapan dijual disitu.  Rambang mata. Dah la macam-macam jenis ada, murah pulak tu.  Kuih-kuih yang dijual disitu kebanyakkan dijual dengan harga RM1.00 untuk 5 biji.  Setiap kali kami adik beradik balik kampung mesti berat badan naik mendadak.  Sebabnya, bila beli makanan dah macam orang kena rasuk.  Tak sedar diri.  Bila dah sampai rumah, baru perasan, banyaknya makanan nak kena habiskan.  Nanti membazir pulak. 

Pulut pagi
Ini makanan kegemaran saya.  Pulut dicampur dengan kacang dan di campur bersama kelapa. Sedapnya. Yang ini bukan semua orang boleh buat.  Hanya mak cik yang tertentu sahaja dipasar tu yang pandai masak pulut ni. Ianya biasa dibungkus dengan daun pisang.  Kalau lambat sampai, dapat tengok dulang kosong je lah.

Tijoh

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Izana binti Hj Ibrahim

Tijoh
Dia hidup dalam air.  Dalamnya banyak pasir.  Selalunya bila beli, dia masih hidup.  Balik rendam air bersama cili api yang dipatah-patahkan.  Nanti dia rasa pedih, pasir akan keluar.  Ia selalunya dimasak air je atau bening kata orang Jawa.  Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang dan serai yang telah diketuk.  Jangan lupa, garam.  Sedap.  Rasa kemanisannya.  Tapi, ianya hanya banyak di pantai timur.  Kalau di Kuala Lumpur ni susah nak jumpa.  Kalau di Kelantan namanya Tijoh.  Kalau kat Kuala Lumpur ni tak pasti pulak panggil apa. Katijah atau Keti atau orang KL memang tak kenal spesis siput ni.

Walau apa pun panggilannya, ianya sedap tapi susah nak dapat sebab ia akan muncul musim tengkujuh je.  Musim lain tak tahu ke mana dia menghilang.

Promosi Pek Percubaan RM 100.00

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza binti Ibrahim - 012 6140336

One Solution
Ianya terdiri daripada :

a) Calming Cleansing Milk - 15ml
b) Firming Cleanser - 25ml
c) Essense Sebum Gel - 10ml
d) Sum Protection SPF 50 - 10ml

Ianya sesuai untuk :

1) Kulit normal, kering dan matang
2) Kulit berminyak, berjerawat kecil dan besar
3) Kulit sensitif, gatal, kulit mengelupas dan eczema
4) Kulit gabungan

 Tawaran Hebat

Dulu RM 150.00 tapi kini RM 100.00 sahaja selagi stok masih ada.



Motor Vespa

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Dr Zulfahmy bin Hj Ibrahim

Vespa
Tahun 70an memang terkenal dengan motor vespa ni. Tidak mengira usia.  Tua atau muda. Ayah saya juga mempunyai motor vespa seperti ini. Yang paling best kalau dapat berdiri kat depan tu. Muka ditiup angin, seronok betul. Sejam berdiri pun saya rela. Paling tak best bila dah sampai destinasi, rambut jadi kusut masai. Maklumla, waktu tu tidak diwajibkan pakai topi keledar. Jalan pun tidak sesak seperti sekarang. Lengang je. 

Semuanya sudah menjadi kenangan.  Masa lalu yang telah jauh meninggalkan kita dan tidak mungkin akan kembali lagi.  Tinggal ia menjadi memori yang terindah.

Betul la kata-kata orang, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah.




Testimoni Kulit Berminyak Dan Jerawat Besar

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza binti Ibrahim - 012 6140336


Selepas 3 minggu
Set yang digunakan ialah Calming Cleansing Milk, Calming Cleaser Rose, Essense Sebum Gel dan Sun Protection SPF 50 Acne & Sensitive.


Tuesday, 17 November 2015

Kenali Kulit Anda - Kulit Gabungan Kering Dan Gabungan Berminyak

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza binti Ibarhim - 012 6140336


Kulit Gabungan
A)  Ciri-ciri kulit Gabungan Kering

- Kawasan T zone
(Kawasan dahi, hidung dan dagu berminyak dan mempunyai pori yang terbuka)
- Kawasan pipi berkulit kering atau biasa

Set yang perlu diambil

Siang
- Calming Cleansing Milk
- Firming Cleanser
- Refreshing Hydrating Lotion (toner)
- Essence Sebum Gel (letakkan di kawasan T zone)
- Sun protection SPF 50

Jika wajah terasa kering, anda boleh menyapu I'Moisturizer pada satu muka sebelum memakai Essen Sebum Gel.  Biarkan selama 1 minit sebelum memakai produk seterusnya.

Malam
- Calming Cleansing Milk
- Firming Cleanser
- Refreshing Hydrating Lotion (toner)
- Essence Sebum Gel (letakkan di kawasan T zone)
- I'Moisturizer / Stem Cell Sleeping Gel / Stem Cell Serum

B)  Ciri-ciri Kulit Gabungan Berminyak

Keadaan kulit diluarnya ialah kulit kering atau biasa tetapi didalamnya / T zone berminyak dan ditumbuhi sedikit jerawat.

Set yang perlu diambil

Siang
- Calming Cleansing Milk
- Calming Cleanser (Rose)
- Refreshing Hydrating Lotion (toner)
- Essence Sebum Gel (letakkan di kawasan T zone dan pada pipi yang berjerawat)
- Sun protection SPF 50 Acne & Sensitive

Jika wajah terasa kering, anda boleh menyapu I'Moisturizer pada satu muka sebelum memakai Essen Sebum Gel.  Biarkan selama 1 minit sebelum memakai produk seterusnya.

Malam
- Calming Cleansing Milk
- Firming Cleanser
- Refreshing Hydrating Lotion (toner)
- Essence Sebum Gel (letakkan di kawasan T zone dan pada pipi yang berjerawat)
- Purifying Serum / Tea Tree Gel

Sehingga nampak perubahan jerawat itu mengecil dan kecut, barulah boleh memakai pelembab I'Moisturizer dan selepas itu bolehlah ikut cara penggunaan kulit gabungan kering pula.

Kenali Kulit Anda - Kulit Sensitif

Rujukan : Zarraz Paramedical

Hubungi : Iliza binti Ibrahim - 012 6140336

Kulit Sensitif
Ciri-ciri Kulit

- Kulit kemerahan dan nipis
- Adakala menunjukkan kapilari pecah (urat warna merah & biru) disisi pipi dan tepi hidung
- Kulit terlalu sensitif dengan kotoran dan cahaya
- Eczema dan psoarisis
- Mangsa pengelupasan seperti merkuri dan hidrokuinon
- Bayi yang terkena ruam susu berusia seawal 2 bulan

Contoh psoarisis
Set yang perlu dipakai

Siang dan malam (selama 14 hari)
- Calming Cleansing Milk
- Sun Protection SPF 50 (acne & sensitive)

Pemakaian harus dimulakan dengan dua produk dahulu sehingga kulit kembali pulih daripada pedih dan memberi kesan positif, barulah memakai produk yang lain.  Selalunya mengambil masa 7 ke 14 hari bergantung kepada kulit anda.