Wednesday, 27 January 2016

Kilang Zarraz Paramedical

Teks : Iliza binti Ibrahim / Zarraz Paramedical
Foto : Datin Ima - Pengasas Produk Zarraz Paramedical

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Ragu-ragu dengan produk Zarraz Paramedical?
Jangan risau sebab produk ini mempunyai R & D dan kilangnya sendiri.  Tidak percaya?  Lihat gambar dibawah.










Produk ini tidak mengandungi 100% bahan kimia dan 100% bahan pengelupasan.  Ianya menggunakan teknologi pencerahan yang selamat dan megutamakan kesan jangka masa yang panjang.  Yang penting, ianya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan ianya halal.

Formula produk Zarraz Paramedical telah dicipta oleh sekumpulan saintis, doktor dan pakar kecantikkan yang mempunyai kelulusan dan diiktiraf.

Sesuai digunakan untuk semua jantina dan peringkat umur.  Kesan positif dapat dilihat seawal 3 hari.

Mempunyai nilai yang tinggi dengan harga yang berpatutan.  Inn Shaa Allah selamat.

Thursday, 21 January 2016

Pengakuan saya

Teks : Iliza binti Ibrahim / Zarraz Paramedical
Foto : Iliza binti Ibrahim / Zarraz Paramedical

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Nak buat pengakuan tapi malu.  Satu malam berfikir.  Nak mengaku ke tak.  Nak mengaku ke tak. Pagi ni buat keputusan, mengaku je la.  Rasanya tidak mengaibkan.  Dengan cara ni, saya lebih yakin untuk bercerita tentang produk yang saya gunakan.

Dulu saya ni kurus kering.  Sebelum kahwin.  Siap jumpa doktor, nak dapatkan pil gemuk.  Doktor bagi vitamin revicon.  Vitamin untuk selera makan katanya.  Tapi tak gemuk jugak.  Lama kelamaan usia makin meningkat, metabolisma pun dah tak larat bekerja, badan makin berisi.  Dah risau pulak. Ni kalau dibiarkan lama-lama, mau tertukar dengan peti sejuk.  Yang paling ketara saiz pinggang seluar. 



Disebabkan risau saiz pinggang akan lagi membesar, saya cuba sapu Reshaping Body Gel Zarraz Paramedical setiap malam.  Sapu ditempat yang banyak lemak.  Biasanya perut, peha dan bawah lengan.  Urut perlahan mengikut arah lawan jam sehingga gel tersebut meresap.  Buat setiap malam. Inn Shaa Allah dalam masa 21 hari, anda akan dapat lihat hasilnya.  

RM 80 sahaja


Saya dah dapat hasilnya.  Lihat dibawah.  Maaf adik kakak ye.  Saya bukan nak riak tapi pengakuan sebenar.   Testimoni diri sendiri la ni.  Jangan muntah pulak ye.



Perasan tak pinggang seluar, saya terpaksa kecikkan satu inci kiri dan kanan.  Sekarang dah pakai saiz 28.  Alhamdulillah.  Badan pun rasa ringan.  Kalau nak lebih mantop, anda boleh cuba Exotic Shot.  Minuman yang boleh menurunkan berat badan.  Minum setiap hari setengah jam sebelum makan.  Samada makan siang atau malam.



Harga asal RM 220.00 tapi sekarang promosi, anda dapat harga RM100.00 sahaja.
PROMOSI LAGI
Jika anda membeli 4 kotak, anda akan dapat PERCUMA 1 kotak.  

Hubungi saya - 012 6140336


Wednesday, 20 January 2016

Nasi kukus ayam dara berempah

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Ehsan google

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Semalam keluar makan tengahari bersama seorang teman, pergi salah sebuah medan selera di sebuah kementerian.  Disini terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan.  Macam-macam ada, semuanya menyelerakan.  Kawan mengajak ke gerai yang menjual nasi kukus bersama ayam dara berempah.  Saya mengikut sahaja.  Sampai di gerai tersebut, kawan saya bertegur sapa dengan pemilik gerai tersebut yang sedang sibuk membungkus makanan yang dipesan oleh pelanggan. Waktu itu pelanggan masih belum ramai.  Jadi sempatlah mereka saling bertanya khabar. Selepas memesan dua pinggan nasi kukus ayam dara kami terus mencari tempat untuk menjamu selera. Memang sedap.

Semasa makan kawan saya membuka cerita.  Rupa-rupanya, kawan saya ni mengenali pemilik gerai tersebut.  Suatu ketika, Ali (bukan nama sebenar)pernah berniaga nasi beraneka lauk ditempat kawan saya bekerja.  Pada suatu hari, dengan tanpa notis, Ali diarahkan berhenti berniaga dan dia juga tidak diberitahu sebabnya.  Dengan hati yang hancur luluh, Ali datang mengadu kepada kawan saya sambil menangis, kenapa mereka tergamak membuat keputusan tanpa sebab.  Lagi menyedihkan, macamana dia nak memberi anak-anaknya makan, pakai dan keperluan lain.  Betapa beratnya mata memandang berat lagi bahu memikul.  Hampir setahun kawan saya tidak mendengar khabar berita.  

Ehsan google - Nasi kukus ayam dara berempah
Sambil makan, sesekali mata saya memandang ke arah gerai Ali, sebentar tadi gerainya hanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan tapi kali ini, lebih sepuluh orang sedang beratur untuk mendapatkan nasi kukus ayam berempahnya.  Alhamdulillah.  

Mungkin dia redha di atas dugaan yang telah Allah SWT berikan.  Bersangka baik kepada Maha Pencipta.  Percayalah.  Bumi tidak akan dibasahi hujan sepanjang masa pasti pelangi akan muncul pada saat dan ketikanya.

Sekian

Kulit kepala berpeluh

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Zarraz Paramedical

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Hari ni nak berkongsi pengalaman sebenar tentang shampo Zarraz Paramadical.  Kiranya testimoni diri sendiri la.  Nak promote tentang  sesuatu barang atau nak bercerita tentang sesuatu produk tu, sepatutnya kita kena cuba dulu dan dari pengalaman senang untuk kita menerangkan produk tersebut. Betul tak.

Sebelum ni, saya hanya mengikut kata-kata dalam buku Zarraz Paramedical apabila pelanggan bertanyakan tentang shampoo Zarraz Paramedical.  Terus terang saya bagi tahu, saya tak berani menggunakan shampoo sembarangan sebab takut rambut rosak.  Maklumla, mahkota kita tu kan.

Entah kenapa kebelakangan ni kulit kepala saya rasa gatal melampau.  Mungkin faktor cuaca kut, panas.  Saya pulak jenis kuat berpeluh.  Sampai satu tahap rasa macam  kulit kepala luka dan berkuping.  

Nak pergi klinik, tapi biasalah, selagi boleh berjalan, selagi tu bertahan.  Kebetulan saya ada stok set shampoo Zarraz Paramedical.  Nak pakai ke tak.  Testimoni cam bagus.  Disebabkan malas pergi klinik, saya pakai set shampoo Zarraz Paramedical sambil warning kat kepala sendiri, "Kalau tak hilang jugak gatal-gatal ni, kena pergi klinik".

Alhamdulillah, dua hari pakai dah nampak kesan.  Gatal-gatal hilang dan kuping-kuping dikepala pun hilang.  Dah kembali kepada asal.  Rambut pun bertambah lembut.  Tak payah pergi klinik.

Sekarang ni saya lebih yakin untuk menerangkan tentang produk ini.  Tak rugi jika anda membelinya.

Berminat - whatsaap, sms, call - 012 6140336

Sekian

Thursday, 14 January 2016

Rindu Serindunya

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Izana binti Hj Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua

Hari ni nak bercerita tentang taska adikku.  Adik bongsu. Dengan berbekalkan modal hasil simpanan sendiri, adikku yang berkelulusan Msc In Medical Microbiology dan Degree In Chemical dari Universiti Sains Malaysia nekad menubuhkan sebuah taska yang dikongsi bersama teman baiknya. Maka tertubuhla sebuah taska yang diberi nama Taska Qaseh Anakku (Permata) secara rasminya pada tahun 2013. Disini diterapkan bahasa inggeris dan mengaji quran. (Macam cerita sejarah pulak rasanya).


Haziq berusia setahun setengah bersama ulat bulu yang dihasilkan olehnya
Emerson dan Deeny

Siapa sangka, kanak-kanak berusia setahun setengah boleh menghasilkan kraf tangan yang mengkagumkan.  Haziq namanya.  Walaupun pemalu tapi bijak orangnya.  Pakwe hensem yang sedang posing berdua tu pulak, pelajar yang mula-mula melapor diri di taska tu.  Masing-masing berusia setahun lebih ketika itu.  Emerson ni anak campuran.  Mak melayu, ayah Nigeria.  Bijak jugak orangnya,  Walaupun pada mulanya, dia suka sangat memberontak tapi lama kelamaan perangainya semakin berubah, makin pandai bertolak ansur dan rajin membantu.  Jika adikku sampai ditaska bersama barang-barang yang banyak, pasti dia datang ingin membantu.  Cuba mengangkat dengan kudrat yang kecil.  Emerson juga suka berkemas.  Selesai makan, pinggannya akan diletak dalam sinki.  Pinggan kawan-kawannya pun dia tolong kutip.  Jika ada makanan yang tidak habis, sisa makanan tersebut dimasukkan dalam tong sampah dulu, barulah pinggan dimasukkan dalam sinki.  Badannya yang tinggi berbanding kanak-kanak yang seusia dengannya menyebabkan senang untuk dia meletakkan pinggan tersebut.  Yang melucukan, Haziq pun cuba meniru, tetapi dia salah faham.  Bukan sisa makanan yang dimasukkan dalam tong sampah tetapi dengan pinggan-pinggan sekali dicampaknya dalam tong sampah. 

Si montel Deeny pun tak kurang dengan kelucuannya.  Penyakitnya suka berpura-pura pengsan bila ada orang yang tidak dikenali datang ke taskanya.  Dia akan pengsan dimana saja dia berada.  Dengan pipi yang temban, dia akan membuka matanya sedikit untuk melihat samaada orang yang tidak dikenali masih ada atau sudah balik.  Kalau dia berada diluar rumah atau didapur, tempat yang tidak sesuai untuk pengsan, dia akan mengeraskan badannya kat situ sambil membelakangkan tetamu yang datang.  Biasanya aku tak kisah, dia nak pengsan ke nak mengeraskan badan ke, aku pasti cubit-cubit pipi tembamnya.  Lagi senang.  Comel sangat.  

Banyak lagi watak-watak lain ditaska ni.  Tetapi aku lebih mengenali mereka yang awal-awal mendaftar di taska tersebut.  Waktu makan memang dinanti-nantikan anak-anak ini.  Sehinggakan bila adikku mula masuk dapur untuk memasak mereka mula duduk bersila sambil menadah tangan untuk membaca doa makan padahal baru je selesai makan pagi.  Mereka amat berselera.  Mana taknya, menu yang adikku sediakan memang sedap.  Aku pun terliur.  Tom yam, ayam masak stew, ayam masak kicap sekali sekala nasi hujan panas.  Ibu bapa masing-masing hairan, setiap kali balik rumah, mereka dah kenyang, langsung taknak makan, Hari cuti pun mereka meminta ibubapa masing-masing hantar ke taska.   

Tapi semua itu tinggal kenangan.  Emerson mengikut ibu bapanya berpindah.  Deeny pula dijaga oleh bapanya, memandangkan abang Deeny dah masuk tadika, Deeny senang untuk dijaga kata bapanya. Aku sering melihat gambar mereka.  Aku yang sesekali berjumpa pun rindu, apatah lagi adikku. Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.  Rindu.

Sekian...

Wednesday, 13 January 2016

Sayyidatul Istighfar

Teks : Ensiklopedia Muslim
Foto : Ensiklopedia Muslim

Assalamualaikum dan salam ceria

SAYYIDATUL ISTIGHFAR

Terdapat berbagai jenis doa istighfaar yang boleh diamalkan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.  Tetapi sebaik-baik istighfar adalah Sayyidatul Istighfar.  Barang siapa yang setiap hari membiasakan dirinya membaca doa tersebut dengan penuh keyakinan, maka Nabi Muhammad SAW menjamin pelakunya sebagai penghuni syurga diakhirat kelak.


Barangsiapa yang membaca doa ini dipetang hari dan dia betul-betul menyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul menyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni syurga. (HR Bukhary 5831)

Sekian

Dress Part 3

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria

Harga setiap satu hanya RM 100.00 sahaja.  Terlajak murah.  Sambil berniaga sambil bersedekah. 

Whatsapp / sms / call - 012 6140336


Saiz M


Saiz S


Saiz M