Wednesday, 13 January 2016

Sayyidatul Istighfar

Teks : Ensiklopedia Muslim
Foto : Ensiklopedia Muslim

Assalamualaikum dan salam ceria

SAYYIDATUL ISTIGHFAR

Terdapat berbagai jenis doa istighfaar yang boleh diamalkan untuk memohon keampunan kepada Allah SWT.  Tetapi sebaik-baik istighfar adalah Sayyidatul Istighfar.  Barang siapa yang setiap hari membiasakan dirinya membaca doa tersebut dengan penuh keyakinan, maka Nabi Muhammad SAW menjamin pelakunya sebagai penghuni syurga diakhirat kelak.


Barangsiapa yang membaca doa ini dipetang hari dan dia betul-betul menyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada malam hari, maka dia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang membaca doa ini di pagi hari dan dia betul-betul menyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni syurga. (HR Bukhary 5831)

Sekian

Dress Part 3

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria

Harga setiap satu hanya RM 100.00 sahaja.  Terlajak murah.  Sambil berniaga sambil bersedekah. 

Whatsapp / sms / call - 012 6140336


Saiz M


Saiz S


Saiz M

Monday, 11 January 2016

Sokongan kawan-kawan

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Ehsan Google

Assalamualaikum dan salam ceria semua


Perkampungan 
Disebuah kampung terpencil, tinggal sekumpulan orang-orang yang bekerja sebagai petani atau bekerja masuk hutan untuk mencari hasil-hasil hutan untuk dipasarkan.  Dikampung itu juga tinggal sebuah keluarga bukan bangsa melayu yang menjadi yang menjalankan perniagaan kedai runcit. Sudah 2 keturunan mereka berniaga dikampung tersebut.  Kehidupan mereka boleh dikatakan senang berbanding dengan kehidupan penduduk kampung yang lain. 

Ali, merupakan penduduk kampung tersebut yang mempunyai sedikit pelajaran dan beliau sering memerhatikan kehidupan tuan kedai runcit tersebut.  Dia juga bercita-cita untuk menjadi seperti tauke kedai tersebut.  Dalam diam, Ali mengumpul modal sedikit demi sedikit untuk dijadikan modal dalam perniagaannya kelak. 

Setelah dirasakan cukup, Ali membeli sebuah basikal terpakai.  Agak buruk tapi boleh dibaiki dan masih boleh digunakan.  Hasilnya cukup mengembirakan Ali.  Langkah kedua, dia perlu mencari peraih atau nelayan untuk mendapatkan bekalan ikan.  Ya, Ali akan berkeliling kampung untuk menjual ikan dengan menggunakan basikal.  Perkampungan nelayan terletak 20 kilometer dari kampungnya.  

Esoknya, pagi-pagi lagi Ali sudah keluar rumah untuk mendapatkan ikan diawal pagi supaya dia dapat menjual kepada orang-orang kampung sebelum tiba waktu memasak.  Dia akan memastikan sampai semula ke kampung sebelum pukul 10 pagi.  Setelah selesai mendapatkan  stok ikan, Ali berkayuh dengan semangat untuk mula berniaga.  Hatinya berbunga-bunga bila mengenangkan ikannya akan habis dijual.  Dalam perjalanan Ali berangan-angan pasti kawan-kawan sekampungnya akan menyokong perniagaannya dan sebagai balasan, Ali akan menjual ikan-ikannya dengan harga yang lebih murah daripada kedai runcit tersebut.  Lagipun modalnya hanyalah sebuah basikal buruk dan sudah pasti stok ikan.  Dia juga berniat ingin membantu orang-orang kampungnya dengan harga yang murah dan ikan yang segar.  Untung sikit takpe.  Cukupla buat permulaan.  Lagipun apa yang penting, rezeki yang halal dan berkat.  Fikirnya lagi, dengan keuntungan yang dia perolehi nanti, dia ingin membaiki atap rumahnya yang bocor.  Membeli sedikit keperluan untuk anak-anak dan isteri. Ali tersenyum lagi.  Walaupun kerinagat membasahi seluruh badannya, tapi Ali tetap bersemangat dan yakin dia pasti berjaya.  Lagipun satu kampung mengenalinya.  Dia juga ringan tulang.  Pantang ada orang minta tolong, pasti dia akan menolongnya tanpa mengharapkan balasan.  

Sedang berkayuh, sekali lagi Ali menoleh kebelakang.  Kelihatan ikan-ikan yang segar tersusu rapi dalam kotak kayunya yang diletakkan ditempat pembonceng.  Sesekali terlintas difikiran Ali, macamana kalau tak laku, tak mungkin, kalau tak habis pun mungkin sedikit.  Lebihan tu nanti bolehla dimasak dan dimakan bersama anak-anak dan isteri nanti.  Dia semakin hampir memasuki kampungnya.  Semakin bersemangat.  Dari jauh kelihatan kaum ibu sibuk berkumpul sambil tangan menggendong anak masing-masing dan ada juga yang sedang berkejar dengan anak-anak.  Sedang mesyuaratla tu.  Bisik hati Ali sambil melemparkan senyuman kepada ibu-ibu tersebut.  Ali memberhentikan basikal di depan perkumpulan tersebut.  Belum pun bersuara, para ibu tersebut terus berkerumun sambil mulut becok bertanyakan macam-macam soalan.  Setelah Ali menerangkan tujuannya,  mereka tanpa berlengah memilih ikan-ikan tersebut.  Wah..masing-masing mengambil sekilo seorang.  Ali merasa gembira.  Ada yang membayar terus tapi ada juga yang berhutang. Perniagaan Ali pada hari itu sangat memberangsangkan.  Begitula Ali, berniaga setiap hari tapi malangnya, lebih ramai yang berhutang daripada yang membayar tunai.  Duit tak mencukupi untuk pusingan modal.  Orang-orang yang berhutang pula asyik melarikan diri.  Setiap kali Ali ingin mengutip hutang, setiap kali itulah Ali merasa yang dia seolah-olah meminta sedekah dari mereka. Yang peliknya, dengan tauke kedai runcit tersebut mereka boleh bayar tunai tapi bila membeli dengannya, mereka sering meminta hutang.  Padahal mereka semua tu kawan-kawannya.

Setelah dua bulan dia bertahan, akhirnya perniagaan Ali terpaksa dihentikan.  Tiada pusingan modal. Basikal terpaksa dijual kembali untuk menyelesaikan hutangnya kepada peraih sebab kekurangan modal.  Itupun ada peraih yang bersimpati kepadanya untuk mendahulukan stok ikan.  Tetapi mereka pun perlukan duit sepertinya juga.

Kini, Ali kembali seperti dulu.  Masuk hutan untuk mencari hasil hutan yang tidak seberapa....

Sekian




Friday, 8 January 2016

Laksa Darjah 6

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Laksa kegemaranku
Aku orang Pantai Timur tapi suka makan laksa penang.  Tak pelikla.  Puncanya, masa aku berusia 5 tahun, kami tinggal di Gombak.  Setiap hari atau setiap petang, pasti ada sorang pak cik ni selalu kayuh basikal dan lalu didepan rumah bersama tempayan yang berisi kuah laksa yang kelihatan berasap-asap.  Pasti ibu akan menahan pak cik tersebut sambil membawa pinggan untuk diisi laksa. Hasilnya kami dapat makan laksa yang kuahnya masih berasap.  Sedap.  Semenjak hari tu aku pantang nampak laksa.  Macam nampak hantu.  

Disebabkan terlampau suka dengan laksa penang, ibu belajar memasak laksa penang dengan jiran kami yang berasal dari Utara.  Darjah 6 aku dah boleh masuk dapur, apa lagi, belajarla masak laksa penang.  Bagi aku, rasanya sangat sedap, maklumla air tangan sendiri.  Mungkin orang lain makan tak sedap.  Tak kisahla, janji aku dapat makan dengan puas.  Maklumla selera tengah tinggi waktu tu.

Lucu bila mengenangkan zaman kanak-kanak.  Masa dah berlalu.  Hanya tinggal kenangan.




Tom Yam Mc Gyver

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua


Tom Yam resepi Ma
Hari ni nak cerita pasal tom yam pulak.  Ianya istemewa sikit sebab resepi turun menurun.  Sangat simple.  Resepi inilah yang aku pertaruhkan ketika kali pertama menjejakkan kaki dirumah mertua. Tak sia-sia aku belajar resepi ni.

Kisahnya begini.  Hari pertama sampai ke rumah mertua, ibu mertua meminta aku memasak ayam. Aku ditinggalkan bersama ayam yang telah siap dipotong.  Ni mesti nak test menantu dia pandai masak ke tak.  Nak masak apa ni.  Aku buka peti sejuk. Nampak buah tomato, lobak merah. Selongkar sikit, jumpa udang kering.  Jenguk luar rumah nampak pokok limau kasturi yang lebat buahnya.  Pokok limau purut pun ada disebelahnya.  Cantik.  Tak sia-sia, aku jadi peminat setia cerita Mc Gyver.  Aku masak tom yam resepi turun temurun.  Tak perlu guna perencah tom yam.  Alamak, serai pulak takde.  Tanya mak mertua. "Ada..ada, nanti mak ambikkan".  Ada rupanya, kat laman rumah.  Aku tak nampak.  

Maka bermulalah rancangan Master Chef.  Ayam ada seekor.  Nasib baik dah potong-potong. Bersihkan.  Kupas bawang putih selabu, cili padi 10-15 biji, buah tomato 2 biji dan 2 sudu besar udang kering.  Kisar dalam mesin pengisar.  Panaskan periuk bersama minyak, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tunggu sehingga  jiran-jiran sebelah rumah terjenguk-jenguk sebab keenakkan bau tumisan tadi.  Setelah itu masukkan ayam, gaul-gaul.  Tambahkan air sikit dan tutup periuk tersebut.  Agak-agak ayam dah empuk, tambahkan air sehingga tenggelam kesemua ayam tersebut.  Masukkan serai dan 1 biji bawang besar holland yang telah dipotong secara menegak. Tunggu sehingga menggelegak, masukkan lobak merah yang telah dipotong.  Agak-agak hampir masak, masukkan daun limau purut dan buah tomato.  Setelah masak, matikan api dan masukkan air limau nipis tapi waktu tu aku masukkan air limau kasturi sebab limau nipis takde.

Alhamdulillah.  Siap.  Tak sangka pulak sebab ada yang minta resepi.  He..he..

Kenangan yang terindah bersama mak mertuaku...

Thursday, 7 January 2016

Air Tangan Ma

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua...

Kari ayam Ma
MasyaAllah.  Tidak dinafikan masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia ini.  Walaupun masakan yang biasa-biasa sahaja.  

Bulan Disember 2015, aku balik kampung.  Bila balik kampung, mulalah macam orang tak pernah masak.  Kononnya la.  Sebenarnya nak manja dengan ma.  

Hari itu, ma masak kari ayam.  Masakan yang selalu ma masak.  Tapi sedapnya sangat luar biasa. Padahal resepinya lebih kurang dengan apa yang aku buat. Bila dibandingkan dengan masakan aku jauh beza, seolah-olah aku memasak dengan menggunakan kaki.  Sebab itulah aku malu nak berkongsi tentang masakkan yang aku buat tapi teringin jugak.  Inilah yang dinamakan air tangan ibu. 

Cili hijau
Dicampur pulak dengan cili hijau yang banyak terdapat diKelantan.  Biasanya cili ni digunakan buat solok.  Tak tahu ye, apa itu solok.  Nanti saya cerita kemudian.  Nak cepat ni.  Jap lagi ada tetamu nak datang.  Nak masak apa ye.  Nak pakai kaki kanan ke kiri.  Jangan marah, gurau je.

Bye...

Wednesday, 6 January 2016

Dress Part 2

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Ada lagi dress yang nak saya paparkan.  Berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 

012 6140336            CLEARANCE STOCK RM 100.00 SETIAP PASANG BAGI YANG                                               BERHARGA RM 149.00

Saiz M RM149
Zip belakang

Bahagian dada dan hujung tangan
Saiz S RM149 - Sold Out
Zip depan dan belakang serta dilengan

Renda hitam yang cantik

Saiz S RM149 - Sold out
Zip belakang

Dress ini berwarna hijau muda dikenakan
dengan manik hitam didada dan tangan

Saiz S, RM 149
Zip depan

Lace dilengan
Saiz M RM 149
Zip depan dan dilengan

Lace dilengan

Saiz XL RM 149
Zip dibelakang dan lengan



Saiz S RM149 - Sold Out
Zip dibelakang


Saiz S RM 149
Zip dibelakang dan lengan



Saiz L RM 89
Zip depan dan belakang serta dilengan


Saiz L RM 149 - Sold Out
Zip di depan


Harga boleh dirunding jika datang ambil sendiri di Cheras atau Bandar Tun Hussein Onn.
Boleh cuba dan pilih stok sementara masih ada.  Siapa cepat dia dapat sebab stok terhad. 

Terima kasih semua.