Friday, 8 January 2016

Tom Yam Mc Gyver

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua


Tom Yam resepi Ma
Hari ni nak cerita pasal tom yam pulak.  Ianya istemewa sikit sebab resepi turun menurun.  Sangat simple.  Resepi inilah yang aku pertaruhkan ketika kali pertama menjejakkan kaki dirumah mertua. Tak sia-sia aku belajar resepi ni.

Kisahnya begini.  Hari pertama sampai ke rumah mertua, ibu mertua meminta aku memasak ayam. Aku ditinggalkan bersama ayam yang telah siap dipotong.  Ni mesti nak test menantu dia pandai masak ke tak.  Nak masak apa ni.  Aku buka peti sejuk. Nampak buah tomato, lobak merah. Selongkar sikit, jumpa udang kering.  Jenguk luar rumah nampak pokok limau kasturi yang lebat buahnya.  Pokok limau purut pun ada disebelahnya.  Cantik.  Tak sia-sia, aku jadi peminat setia cerita Mc Gyver.  Aku masak tom yam resepi turun temurun.  Tak perlu guna perencah tom yam.  Alamak, serai pulak takde.  Tanya mak mertua. "Ada..ada, nanti mak ambikkan".  Ada rupanya, kat laman rumah.  Aku tak nampak.  

Maka bermulalah rancangan Master Chef.  Ayam ada seekor.  Nasib baik dah potong-potong. Bersihkan.  Kupas bawang putih selabu, cili padi 10-15 biji, buah tomato 2 biji dan 2 sudu besar udang kering.  Kisar dalam mesin pengisar.  Panaskan periuk bersama minyak, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan tunggu sehingga  jiran-jiran sebelah rumah terjenguk-jenguk sebab keenakkan bau tumisan tadi.  Setelah itu masukkan ayam, gaul-gaul.  Tambahkan air sikit dan tutup periuk tersebut.  Agak-agak ayam dah empuk, tambahkan air sehingga tenggelam kesemua ayam tersebut.  Masukkan serai dan 1 biji bawang besar holland yang telah dipotong secara menegak. Tunggu sehingga menggelegak, masukkan lobak merah yang telah dipotong.  Agak-agak hampir masak, masukkan daun limau purut dan buah tomato.  Setelah masak, matikan api dan masukkan air limau nipis tapi waktu tu aku masukkan air limau kasturi sebab limau nipis takde.

Alhamdulillah.  Siap.  Tak sangka pulak sebab ada yang minta resepi.  He..he..

Kenangan yang terindah bersama mak mertuaku...

Thursday, 7 January 2016

Air Tangan Ma

Teks : Iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua...

Kari ayam Ma
MasyaAllah.  Tidak dinafikan masakan ibu adalah yang paling sedap dalam dunia ini.  Walaupun masakan yang biasa-biasa sahaja.  

Bulan Disember 2015, aku balik kampung.  Bila balik kampung, mulalah macam orang tak pernah masak.  Kononnya la.  Sebenarnya nak manja dengan ma.  

Hari itu, ma masak kari ayam.  Masakan yang selalu ma masak.  Tapi sedapnya sangat luar biasa. Padahal resepinya lebih kurang dengan apa yang aku buat. Bila dibandingkan dengan masakan aku jauh beza, seolah-olah aku memasak dengan menggunakan kaki.  Sebab itulah aku malu nak berkongsi tentang masakkan yang aku buat tapi teringin jugak.  Inilah yang dinamakan air tangan ibu. 

Cili hijau
Dicampur pulak dengan cili hijau yang banyak terdapat diKelantan.  Biasanya cili ni digunakan buat solok.  Tak tahu ye, apa itu solok.  Nanti saya cerita kemudian.  Nak cepat ni.  Jap lagi ada tetamu nak datang.  Nak masak apa ye.  Nak pakai kaki kanan ke kiri.  Jangan marah, gurau je.

Bye...

Wednesday, 6 January 2016

Dress Part 2

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan salam ceria semua..

Ada lagi dress yang nak saya paparkan.  Berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 

012 6140336            CLEARANCE STOCK RM 100.00 SETIAP PASANG BAGI YANG                                               BERHARGA RM 149.00

Saiz M RM149
Zip belakang

Bahagian dada dan hujung tangan
Saiz S RM149 - Sold Out
Zip depan dan belakang serta dilengan

Renda hitam yang cantik

Saiz S RM149 - Sold out
Zip belakang

Dress ini berwarna hijau muda dikenakan
dengan manik hitam didada dan tangan

Saiz S, RM 149
Zip depan

Lace dilengan
Saiz M RM 149
Zip depan dan dilengan

Lace dilengan

Saiz XL RM 149
Zip dibelakang dan lengan



Saiz S RM149 - Sold Out
Zip dibelakang


Saiz S RM 149
Zip dibelakang dan lengan



Saiz L RM 89
Zip depan dan belakang serta dilengan


Saiz L RM 149 - Sold Out
Zip di depan


Harga boleh dirunding jika datang ambil sendiri di Cheras atau Bandar Tun Hussein Onn.
Boleh cuba dan pilih stok sementara masih ada.  Siapa cepat dia dapat sebab stok terhad. 

Terima kasih semua.

Dress Part 1

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua

Dibawah ni, ada beberapa helai jubah atau dress yang saya paparkan.  Bolehlah pilih kalau berkenan ye.  Kalau ada soalan boleh bertanya disini atau wasap saya 012 6140336 ye.  


Saiz M - Sold Out
Saiz L - Available
Harga asal RM189
Harga sekarang RM149 
Clearance Stock RM 100 
Harga less sebab beberapa biji manik dibaju ada yang missing
Zip belakang dan zip pada lengan


Saiz XL- Available
Saiz S - Sold Out
RM 149
Clearance Stock RM 100
Zip depan dan zip pada lengan

 Rm 149
Zip belakang
Saiz M - Sold Out
Saiz S - Available
Clearance Stock RM 100

Saiz M, RM 189 - Sold Out

Zip depan dan zip pada lengan
Saiz M, RM 149
Zip belakang dan zip pada lengan
Clearance Stock RM 100 - Sold Out
Saiz L , RM 149
Clearance Stock RM 100

Zip depan dan zip pada lengan
Saiz S, RM 149 - Sold Out

Zip depan
Saiz M, RM 89 - Sold Out

Zip bawah ketiak
Baldu dan perlu digosok
Saiz L, RM 89 - Sold Out
Saiz XL - Available

Zip dibelakang
Saiz XL, RM89 - Sold Out 
Zip Depan dan belakang serta zip pada lengan
Dress atau jubah ini diambil dari jenama butik terkenal dan harga yang diperolehi juga rendah dari harga pasaran.  Sebab apa harga rendah dari harga yang dijual sebelum ini?  Sebab butik ini akan mengeluarkan rekaan-rekaan yang terbaru dan saya pasti anda tidak akan mendapat harga seperti ini. 

Tahun 2016

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : Ehsan Google

Assalamualaikum dan Salam Ceria semua



Walaupun telah 5 hari berlalu, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016.  Semoga kita semua memperolehi keberkahan sepanjang tahun 2016 ini dan begitu juga bagi tahun-tahun akan datang.

Macamana azam tahun baru.  Dah berazam ke.  Tahun lepas, agak-agak tercapai tak.  Takpe kalau tak tercapai pun, cuba lagi tahun ni.  Tiada istilah terlewat selagi Allah SWT masih meminjamkan nyawa kepada kita selagi itulah peluag masih ada tapi mestilah berazam perkara yang baik-baik ye.

Saya ni banyak azam, ada yang dah tercapai dan yang masih belum tercapai tapi saya yakin Allah SWT tidak akan menghampakan kita sebagai hambanya.  Inn Shaa Allah.  Jika Allah SWT tidak makbulkan doa kita diatas muka bumi ini, jangan sedih, mungkin Allah SWT menyimpan doa kita untuk diberi diakhirat nanti. 

Salah satu azam yang belum tercapai iaitu saya ingin menunaikan haji bersama suami.  Kena usaha dengan lebih gigih lagi semoga Allah SWT mengabulkan doa saya untuk menunaikan haji dalam tahun ini.  Amiiin.

Bagi orang yang berduit, perkara ini tidak menjadi masaalah, sebut je pasti tercapai tapi bagi manuasia yang kurang berharta ni kenalah berazam, berdoa, bertawakal dan berusaha.

Walaubagaimana pun, segala-galanya saya berserah kepada Allah SWT, saya terima dan redha apa sahaja yang Allah SWT anugerahkan untuk saya dan saya rasa ianya adalah yang terbaik.  Amiiin.

Terima kasih Ya Allah.



Thursday, 17 December 2015

Tersalah Bonceng

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entah kenapa, petang ni banyak pulak teringat kisah lucu.  Mungkin aku sedang cuba mengalihkan fikiran aku tentang kemalangan jalan raya semalam.

Ini kisah kawan aku.  Tidak perlulah aku menyebut namanya.  Sekadar pengalaman yang boleh jadi pedoman.  Kisahnya begini...

Pada kebiasaannya pekerja wanita akan diambil oleh suami masing-masing selepas waktu pejabat. Begitu juga diwaktu pagi.  Mereka akan dihantar oleh suami.  Jadi tidak hairanlah, jika waktu petang berderet-deret motor atau kereta bersusus depan pejabat.

Nak dijadikan cerita, kawan aku ni bergaduh dengan suaminya hari itu.  Suaminya datang dengan motor dan setia menunggu sang isteri walaupun ada persengketaan.  Suami mithali.  Kalau dah bergaduh, pastilah tidak bertegur sapa.

Kawanku dengan hati yang masih lagi ada perasaan geram dengan suami terus membonceng motor yang disangkakan suaminya.  Dalam perjalanan masing-masing mendiamkan diri.  Tetapi kawanku terperasan, kenapa suaminya tidak ikut jalan yang selalu mereka lalu.  Ahhh...mungkin orang tua ni nak singgah mana-mana.  Disebabkan perasaan tidak puashati masih lagi bersisa, kawanku tidak bertanya hinggalah mereka sampai disebuah rumah.  Kawanku masih lagi tidak turun dari motor.   "Apalagi, turunlah" kata si 'suami'.  Mendengarkan suara suami lain, kawanku terkocoh-kocoh turun dari motor.  Terus dia memandang si 'suami' tadi.  Ya Allah...

Terus kawan aku lari keseberang jalan dan menahan teksi dan kembali lagi ke pejabat.  Sampai dipejabat, dilihat, suaminya masih lagi setia menanti diatas motor.  Tanpa berlengah, kawanku terus membonceng motor suaminya yang sebenar.  

Rupa-rupanya, motor yang ditunggang tadi motor suami kawannya.  Kebetulan suami kawan kepada kawan aku ni pakai jubah putih petang tu dan suami kawan aku ni memang selalu berjubah putih. Ketika kawan aku sampai dipejabat tadi, kawannya masih lagi menunggu suami yang tersalah angkut isteri.

Semasa sedang menaip kisah ni, perasaan gelihati tu masih ada.  Itulah, kalau nak bergaduh pun jangan lama-lama.  Tiada siapa pun akan untung.  Makin rugi adalah..

Sekian

Cabut Bulu Ayam

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pernah tak anda cabut bulu ayam?

Aku ni banyak pengalaman lucu.  Salah satunya, pengalaman cabut bulu ayam.  Pengalaman ni dah lama, masa aku mula-mula pergi ke rumah arwah mak mertua. Mak mertua aku ni banyak bela ayam kampung.  Memanglah, kalau nak dikira, ayam kampung ni lebih bagus daripada ayam bandar. Tapi, aku tak pernah makan ayam kampung.  Nak dekat dengan ayam pun aku takut.  Takut kena patuk.

Suami aku ni pulak, pantang balik kampung, mesti nak tangkap ayam pastu sembelih sehinggakan kalau suami aku balik kampung, ayam mak mertua aku tak balik rumah.  Agaknya mereka dah cam kut, pembunuh ayam dah balik kampung.  Aku ni pulak tak biasa dengan binatang ternakan.  Anak tentera.  Manala ada bela binatang tu semua.  Selalu tinggal kat kuarters.  Atuk dan nenek aku pulak tinggal kat bandar.  Sebelah abah di Pengkalan Chepa, sebelah ma di Kota Bharu.  Dua-dua Kelantanis.  Takde ayam, kambing, lembu atau kerbau.  Bukan aku nak berbangga, tidak semestinya orang bandar tu kaya dan tidak semestinya orang kampung itu miskin.  Keluargaku, orang biasa-biasa sahaja. 

Semasa dirumah mak mertuaku, terjadilah penyembelihan ayam beramai-ramai.  Suami aku menyuruh aku memegang kaki ayam sementara dia menyembelih ayam.  Kirim salam.  Aku lari masuk rumah.  Langsung aku tak keluar.  Selepas semua ayam mati barulah aku muncul.  Ingatkan dah selamat.  Rupa-rupanya, ada tugas mencabar menanti aku.  Mak mertua aku menghulurkan beberapa ekor ayam yang telah siap dicelur untuk dicabut bulunya.  MasyaAllah, camana ni?  Takpe, aku pura-pura tidak kekok untuk membuat kerja tersebut.  Terus aku letak besen yang berisi ayam dan mula bersila depan besen.  Mak mertuaku sedang tekun mencabut bulu ayam yang lain.  Pertama kali aku pegang dan cabut bulu ayam, bulu roma aku menegak.  Sehelai cabut aku berenti, cabut lagi sehelai, berhenti.  Terasa macam aku menarik bulu roma dilengan. Mak mertua aku dah siap togelkan seekor ayam sedangkan aku baru cabut beberapa helai.  Tengok aku masih lagi terhegeh-hegeh, mak mertuaku bagi tugas lain.  Kopek bawang.  Alhamdulillah.  Itulah pertama kali dan terakhir kali aku cabut bulu ayam.  Semenjak hari itu, jika berlaku penyembelihan ramai-ramai, aku tidak diletakkan dibahagian itu lagi.