Friday, 4 December 2015

Set Kulit Anda

Teks & foto : Iliza binti Ibrahim
Rujukan : Zarraz Paramedical
Whatsapp / SMS : 012 6140336


Set Kulit Kering Dan Berjeragat




Set Kulit Kering/Jeragat RM336.00
Set Kulit Kering Dan Berjeragat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72
  5. I Moisturizer 30ml - RM 64

Stem Cell Sleeping Gel
Stem Cell Serum
* Pilihan - Stem Cell Sleeping Gel dan Stem Cell Serum
Stem Cell Sleeping Gel boleh dipakai selang seli dengan I Moisturizer pada waktu malam manakala Stem Cell Serum boleh dipakai 2 @ 3 kali seminggu pada waktu malam.


Set Kulit Sensitif 1 - (Eczema / Psoriasis)Set Kulit Sensitif 2 - (Mangsa Hidrokuinon / Merkuri / Bahan Kimia)


Set Kulit Sensitif (eczema/psoriasis) RM 144.00
Set Kulit Sensitif 1 - (Eczema / Psoriasis)
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Sun Protection SPF50 (Acne & Sensitive) 30ml - RM 72
Set Kulit Sensitif - Mangsa hidrokuinon/merkuri/bahan kimia
RM 272.00
Set Kulit Sensitif 2 - (Mangsa Hidrokuinon/Merkuri/Bahan Kimia)
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
*Pemakaian hendaklah dimulakan dengan Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50 Acne Sensitive sehingga kulit sihat dan memberi kesan positif, biasanya mengambil masa 7 ke 14 hari bergantung kepada kondisi kulit anda.  Selepas itu barulah boleh memakai produk yang lain.


Set Kulit Berjerawat Dan Berminyak


Set Asas Kulit Jerawat RM 208
Set Asas Kulit Berjerawat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
Set Lengkap Kulit Jerawat RM 336.00
Set Lengkap Kulit Berjerawat
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser Rose 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Essen Sebum Gel 30ml - RM 64
  5. Sun Protection SPF50 Acne Sensitive 30ml - RM 72
*Bagi kulit berjerawat kecil digalakkan terlebih dahulu memakai Calming Cleansing Rose dan Sun Protection SPF50 Acne Sensitive sehingga jerawat reda dan bagi kulit berjerawat besar dan bernanah, apabila jerawat pulih barulah boleh memakai Essen Sebum Gel.


Set Kulit Normal



Set Kulit Normal RM 272.00
Set Kulit Normal
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72
* Boleh tambah I Moisturizer 30ml RM 64 atau Stem Cell Sleeping Gel 30ml RM 64 untuk dipakai pada waktu malam atau memakainya secara selang seli pada waktu malam.


Set Kulit Gabungan



Set Kulit Gabungan RM 336.00
 Set Kulit Gabungan
  1. Calming Cleansing Milk 120ml - RM 72
  2. Firming Cleanser 120ml - RM 64
  3. Refreshing Hydrating Lotion 120ml - RM 64
  4. Essen Sebum Gel 30ml - RM 64 (hanya kawasan T zone)
  5. Sun Protection SPF50 30ml - RM 72



Thursday, 3 December 2015

Jejak Kasih - Bahagian 4 (Akhir)

Teks & Foto : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 7

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Indonesia.  Hari terakhir untuk kami meronda sekitar Bandar Yogjakarta.  Pagi-pagi lagi selepas sarapan, kami bersiap sedia untuk keluar meronda.  Malangnya banyak kedai yang belum dibuka.  Kebanyakkannya, kedai akan dibuka pada pukul 10 pagi atau 11 pagi.  Sedangkan wakyu itu kami mesti bersiap-siap untuk ke lapangan terbang.  Takpelah, ada beberapa kedai yang kelihatan baru membuka kedai masing-masing.  Bolehlah menghilangkan kempunan sebelum balik Malaysia.


Kedai-kedai ditepi jalan
Toko jamu

Lukisan batik Indonesia
Setelah selesai menghabiskan duit Rupiah, kami kembali ke hotel untuk bersiap-siap ke lapangan terbang.  Barang-barang telah pun diturunkan ke lobi hotel sambil menunggu kenderaan hotel untuk membawa kami ke lapangan terbang.   Disinilah berlaku perkara yang tidak akan  kami lupakan. 

Sangat mendebarkan.  

Ketika sibuk memunggah barang-barang kedalam kereta tanpa kami sedar, beg sandang yang sentiasa berada bersama suami saya telah tertinggal ditempat parking kereta hotel.  Dahla semua barang-barang penting dalam beg tu seperti pastport, telefon bimbit, beg duit, jam tangan yang baru beli, dan kamera.  Semasa dalam perjalanan saya tak nampak suami saya memegang beg tersebut.  Yang ada hanya jaket kulit ditangannya.  Alamak.  Saya terus bertanya suami tentang beg tersebut.  Dia pun terkejut, disangkanya yang dibawanya beg tapi rupanya jaket kulit.  Kami panik.  Habisla.  Ada jugak orang yang jadi pelarian nanti.  Bersama kami Ustaz Fauzi yang menenangkan kami.  Terus beliau menghubungi hotel tersebut.  Alhamdulillah.  Beg tersebut telah ditemui oleh pekerja hotel. Mereka akan menghantar beg tersebut dan kami perlu membayar kos perjalanan pergi dan balik. Takpela. Janji kami dapat balik beg tersebut.  Pengajaran.  Kecuaian telah berlaku dipihak kami dan kejujuran dipihak hotel tersebut.  Terima kasih.

Tamat.

Pengiktirafan

Teks : Iliza binti Ibrahim
Rujukan : Zarraz Paramedical

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengiktirafan
Kenapa ye tiba-tiba saya masukkan logo-logo kat atas.  Sebenarnya untuk menghilangkan perasaan ragu-ragu pelanggan tentang produk Zarraz Paramedical, jangan risau tentang kesahihan   produk ini.  
Produk Zarraz ni bukan sahaja kosmetik jagaan kulit yang biasa tetapi ia merupakan produk Paramedical dan ia merupakan produk penjagaan kulit dalam bentuk rawatan dan pencegahan semua masaalah kulit serta menambah kecantikan dan seri wajah. Ianya juga diperbuat dengan menggunakan teknologi nano yang menghasilkan molekul-molekul bersaiz kecil dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. 

Berminat : whatsapp / sms - 012 6140336

Monday, 30 November 2015

Less 50%

Teks : iliza binti Ibrahim
Foto : iliza binti Ibrahim
          012 6140336

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, dah penghujung tahun.  Umur pun makin meningkat.  Kesihatan nak kena jaga.  Penampilan pun biarlah seiring dengan usia.  Kulit pun memainkan peranan yang penting, dari kulit yang bersih dan sihat, membuatkan kita akan nampak lebih berseri-seri dan segar.  Untuk penjagaan kulit muka, selain penjagaan harian, sekali sakala bolehlah kita ke spa untuk memanjakan diri.  Hadiah untuk diri sendiri setelah penat bekerja.  

Produk dan peralatan Mobile Spa

Produk Zarraz

Stim muka

Micro Current Light Spa

Lampu
Saya ada menyediakan perkhidmatan facial muka dan urutan bahu disekitar Bandar Tun Hussein Onn dan Putrajaya.  Bagi 10 orang pertama, saya akan mengenakan separuh harga sahaja.  

Langkah-langkah facial dengan menggunakan produk Zarraz Paramedical:

1) Cuci muka dengan susu
2) Cuci muka dengan pencuci
3) Cuci muka dengan scrub
4) Stim muka bersama penyegar
5) Picit jerawat jika ada
6) Letak gel 
7) Urut muka (limfatik)
8) Pakaikan mask pencerah
9) Pakaikan penyegar
10) Pakaikan SPF 50
11) Urut kepala
Bahu akan diurut bersama minyak Lemongrass (limfatik) ketika muka dipakaikan mask. 

Berminat - SMS @ Whatssap - 012 6140336

Tuesday, 24 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 3

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hari ke 3

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk bergerak ke kampung arwah bapa suami saya. Perjalanan sebenar akan bermula.  Kami akan bertolak ke Kediri, Tulungagung iaitu tempat kelahiran arwah ayah suami yang juga bapa mertua saya.

Selamat tinggal Ponorogo

Singgah sebentar ketika dalam perjalanan
Lebih kurang pukul 4.30 petang kami tiba di Kediri, Tulungagung.  Kami menginap dirumah sepupu suamiku.  Kami disambut meriah.  Pelbagai makanan terhidang.  Lupa lagi ambil gambar.

Hari ke 4

Hari yang dinanti-nantikan iaitu balik kampung arwah bapa mertua.  MasyaAllah, tak pernah pun saya bermimpi untuk sampai kesini.  Terima kasih Ya Allah. 

Rumah arwah atuk suamiku

Penjaga rumah

Kawasannya bersih
Walaupun rumah ini sudah tiada penghuni tetapi persekitarannya bersih kerana dijaga rapi oleh penduduk disitu yang telah diberi amanah untuk menjaga rumah tersebut.

Rumah induk

Ruang dapur
Terdapat sebuah lagi rumah arwah atuk suami saya, tetapi sayangnya sudah tidak berjaga.  Walaupun begitu keindahan rumah tersebut jelas kelihatan.  Rumahnya besar, terbahagi dua iaitu rumah induk dan dapur yang dipisahkan tempat laluan jalan kaki.  Rumah dulu-dulukan dapurnya selalu dibuat berasingan dari ruang tamu dan bilik tidur.  Setelah itu, kami singgah dipusara arwah atuk suami buat kali pertama, semoga bukan kali terakhir.

Dalam perjalanan balik, kami singgah di Toko atau kedai saudara yang mengeluarkan pakaian-pakaian bagi lelaki dan perempuan.  Apalagi, naik juling la mata nak memilih mana yang berkenan. Harga pulak sangat berpatutan. 

Alamak, mana satu nak pilih ni

Kalau kena duduk sehari suntuk kat sini pun takpe
Setelah kembali ke alam nyata, kami berangkat balik ke rumah sepupu suami.  Malam tu ada acara melawat rumah-rumah saudara mara yang berdekatan.  Kami juga dibawa ke restoren makanan sunda, sedap.  

Hari ke 5

Hari ini kami akan dibawa ke ladang epal iaitu di Malang.  Suhunya seperti di Cameron Hingland. Sejuk.  Hujan pun turun renyai-renyai.  Kalau nak harap kami datang sendiri, mungkin kami tak sampai kesini.  MasyaAllah, tak payah pergi negeri orang putih, disini pun ada ladang epal.  




Pintu masuk ladang epal

Benih dan anak pokok juga ada dijual



Dapat jugak panjat pokok epal
Hari ke 6

Hari terakhir kami di Kediri.  Kami akan bertolak ke Yogjakarta semula kerana penerbangan kami ke Malaysia keesokan harinya.


Bersama sepupu suami (kak nurul) dan suaminya

Bersama sepupu-sepupu suami, yang aku pegang tu pakar bedah dan suaminya
yang baju kotak-kotak tu, doktor gigi tapi mereka sangat sempoi

Inilah tukang masak yang sangat ceria sepanjang kami berada disana
Terima kasih, makanannya sangat enak

Bergambar sebelum erangkat pulang
Selamat tinggal semua.  Layanan yang diberikan, first class.  Semoga dapat bertemu kembali.  Rasa sedih jugak saat perpisahan walaupun saya ni bukanlah siapa-siapa pun dalam keluarga ini.  Hanya menumpang kegembiraan mereka tetapi layanan yang diberikan sangat terkesan dihati ini.

Pasar Agung Solo

Macam-macam ada
Dalam perjalanan ke Yogjakarta kami singgah ke Pasar Agung Solo.  Nasib naik kami dah membeli dipasar ni sedikit sebanyak sebab bila kami di bandar Yogjakarta, barang yang sama harganya sangat berbeza.  Mahal.  

Kami sampai di Yogjakarta malam.  Menginap di salah sebuah hotel disitu.  Malam tu sempat lagi mereka meronda bandar Yogjakarta naik kereta kuda.  Seronoknya. Tapi saya dah kepenatan.  Duk kat bilik je.  Tidur.

Ruang makan hotel
Bersambung lagi...

Testimoni Muka Sendiri

Teks : Iliza binti Ibrahim

Produk : Zarraz Paramedical

Boleh
Alhamdulillah cukup sifat walaupun tak secantik orang lain.  Cuma saya nak berkongsi pengalaman sendiri setelah menggunakan produk Zarraz Paramedical selama 2 minggu.  Hasilnya, bila saya memakai SPF 50 atau Sun Protection Zarraz Paramedical ketika keluar bersiar-siar, muka saya tidak lagi berminyak dan bercapuk-capuk (pada gambar yang pakai tudung putih tu, perasan tak dahi saya yang nampak tompok-tompok @ kesan SPF yang tak sekata).  Nampakkan perbezaan pada gambar atas tu.  Gambar yang saya pakai tudung corak tu saya pakai SPF 50 Zarraz Paramedical dan gambar yang sebelah tu produk lain.

Yang paling best, muka saya juga dah tak berbelang (dalam tudung cerah, muka yang terdedah matahari gelap) walau pun saya berjemur.  Itu sangat penting sebab muka saya cepat terbakar bila terkena cahaya matahari.  Alhamdulillah.

Monday, 23 November 2015

Jejak Kasih - Bahagian 2

Teks : Iliza Ibrahim

Hari kedua kami di bawa melawat Borobudur.  Masa sekolah dulu, hanya tengok gambar dalam buku teks tapi kini tersergam indah didepan mata.  Tempatnya sangat bersih tapi tangga untuk sampai ke kemuncaknya, aduhai tingginya.  Boleh ke nak panjat ni, memandangkan aku baru 3 bulan selepas pembedahan buang batu karang dihempedu.  Rasa macam rugi pulak kalau tak naik.  Bukannya selalu saya dapat sampai ke sini.

Beli tiket untuk masuk ke Borobudur
Penyamaran kami demi untuk mendapat tiket warga tempatan tidak berjaya.  Kena bayar 20USD jugak.  Rasa nak tergelak pulak bila mengenangkannya.  Dapat tiket, setiap orang diberi pinjam sehelai kain batik.  Harus pakai sepanjang kami berada di kuil Borobudur, untuk menghormati tempat tu katanya.  
Pahlawan siap ke medan perang

Tangga pertama

Tangga kedua

Kemuncak

Disalah satu loceng terbesar yang ada dikuil tersebut
Turun dari Borobudur, kami singgah dimuzium kecil yang terdapat di sebelah kuil tersebut yang mempamerkan barang-barang tinggalan sejarah dari Borobudur.

Tembikar lama

Rangka perahu

Barang-barang cenderamata yang terdapat disekitar Borobudur

Kedai-kedai disekitar Borobudur
Dalam perjalanan balik, kami singgah di Pondok Modern Darusalam, Ponorogo, Indonesia.  Saudara kami merupakan salah seorang tenaga kerja bagi pesantern tersebut.  Penubuhannya diharap akan menyamai Universiti Al Azhar di Mesir.  Hanya pelajar lelaki ditempatkan disini.




Semoga dipermudahkan segala urusan beliau dan warga pesantren
Sekali lagi kami dijamu dengan makanan tengahari yang enak.  Lupa nak ambik gambar.

Bersambung...