Saturday, 10 October 2015

Bentuk Badan

Teks : Iliza binti Ibrahim

Jom jaga bentuk badan.

Kredit pada En Zariman
Tidak perlu keluar belanja yang tinggi, tidak perlu keluar dari rumah.  Anda cuma perlu dapatkan barangan di atas dengan cara pos.

Saya sendiri sudah merasa kesannya.  Saya amalkan jeligamat, spirullina dan vitamin C setiap hari. Selama dua bulan berat badan saya turun 4 kilogram.  Sebenarnya kesan dari pengambilan makanan tambahan tersebut adalah berbeza bagi setiap individu.

Usah pening-pening kepala nak fikirkan macamana produk ini berkesan pada badan kita.  Biarkan mereka bekerja dalam badan kita.  Kita hanya perlu amalkan pemakanan secara rutin dan lihat hasilnya.

Jangan tunggu lama-lama.  Wasap saya cepat-cepat.
012 6140336

Friday, 9 October 2015

Abdul Talib Hassan

Teks : Iliza binti Ibrahim

Novel Saga
Abdul Talib Hassan

Tahun 1981, aku mula diperkenalkan dengan novel Saga - Pemenang Hadiah Novel Gapena Tahun 1976.  Novel ni kepunyaan makcik aku.  Masa tu aku masih lagi bersekolah rendah.

Sebelum tu aku memang hantu buku cerita, tapi cerita-cerita penyiasatan kanak-kanak seperti siri Salma atau Nancy Drew, Enid Blyton, buku-buku karangan Norhayati Ibrahim, Dongeng dari India, Jepun, China dan bermacam-macam buku cerita lagi.  Tiap-tiap minggu mesti ada sahaja buku yang aku pinjam daripada perpustakaan.  Tidak cukup perpustakaan disekolah, perpustakaan bergerak pun jadi mangsa aku.  Kadang-kadang ketika cuti sekolah, abah aku akan bawa kami tiga beradik ke perpustakaan dipejabatnya.

Selepas mengenali novel Saga, aku sudah tidak pandang lagi buku cerita kanak-kanak.  Aku jadi pemburu novel-novel Abdul Talib Hassan.


Abdul Talib Hassan
Gambar ehsan dari goodreads

Tulang Retak

Teks : Iliza binti Ibrahim

Testimoni tulang retak oleh seorang wanita berusia 84 tahun.

Gambar ehsan dari En Zariman


Imam Besar

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hari ini Jumaat, 9 hb Oktober 2015, solat Jumaat dikaca televisyen disiarkan secara langsung dari Masjid Negara yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara iaitu Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Mengimbau kembali tahun 2009,  ketika itu aku bertugas di Unit Naziran disalah satu jabatan kerajaan.  Ketika itu, kami diarahkan untuk membuat naziran berkaitan dengan dokumen kewangan dan sistem di Bahagian Kewangan Masjid Negara.

Awal pagi, kami bertiga tiba ditempat yang diarahkan.  Kami ditempatkan dibilik yang telah disediakan dokumen-dokumen yang perlu kami semak.  Ketika kami sedang berkira-kira untuk memulakan kerja, kami didatangi oleh insan yang sangat saya kagumi iaitu Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.  Beliau bersama seorang kakitangan datang ditempat kami sambil tersenyum.  Beliau bertanyakan samaada selesa atau tidak tempat yang disediakan, beliau meminta kakitangannya meraikan kami sebagai tetamu.

MasyaAllah, kami tidak menyangka begitu merendah diri seorang insan yang patut dicontohi.
Tidak dinafikan, kami selesa dan seronok ketika bertugas bersama-sama kakitangan yang banyak membantu kami selama tiga hari di Masjid Negara.

Masa yang berlalu tidak akan kembali.  Semoga hari yang mendatang lebih baik lagi.  Amiiin.

Selamat Tinggal Batu Karang

Teks : Iliza binti Ibrahim

Hampir tiga tahun aku menderita sakit yang disangkakan gastrik.  Setiap kali aku sakit, pergi ke klinik, doktor kata aku mengalami gastrik.  Memang simpton-simpton yang aku alami sebijik macam orang sakit gastrik.  Masa sekolah dulu aku pernah ada gastrik.  Sakitnya seakan-akan sama tapi sakit yang ini lagi teruk.  

Suatu malam, kira-kira pukul 1 pagi, sakit ini menyerang lagi.  Biasanya aku ke klinik 24 jam bila sakit ni menyerang selepas klinik biasa tutup.  Tetapi kali ni suamiku membawa aku ke Hospital, Rawatan Kecemasan.  Aku terus diperiksa dan dimasukkan air melalui jarum yang dicucuk ditangan. 
Kemudian aku diberi surat rujukan ke hospital untuk berjumpa pakar.  Dua hari selepas tu, aku buat temujanji untuk berjumpa pakar.  

Tepat waktu yang dijanjikan, aku telah bersedia didepan bilik doktor.  Berdebar jugak.  Ya Allah, janganlah aku diduga dengan penyakit yang merbahaya.  Masuk bilik doktor, bila diberitahu simpton-simpton yang aku alami.  Terus doktor yang berpengalaman tersebut bagi tahu "Awak ada batu karang kat hempedu" dan doktor tersebut mengarahkan aku pergi buat 'ultra sound'. 

Betul kata doktor tersebut. Ada sebiji batu karang yang dengan sedang mendiami dalam pundi hempedu. 

Keesokkannya aku terus masuk wad dan akan dibedah dalam pukul 11 pagi.  Dua minggu sebelum Ramadhan tahun 2012. 

Alhamdulillah.  Aku selamat dibedah.  Terima kasih Ya Allah. 

Selepas solat maghrib, aku didatangi tetamu, kakak ipar dan anak-anak saudara
Terima kasih datang dan menceriakan suasana


Jeligamat yang mengandungi 99 peratus kologen, sesuai bagi sesiapa yang melakukan pembedahan, mempercepatkan penyembuhan luka atau kesan pembedahan.

Bagi sesiapa yang berminat, bolehla wasap saya 012 6140336 atau klik terus pada
http://ilizaibrahim.blogspot.my/2015/10/kologen.html

Oshin

Teks : Iliza binti Ibrahim

Pernah tengok cerita Oshin?  Mesti ada yang pernah tengokkan.  Saya sangat teruaja dengan cerita ni. Selain disebabkan ianya kisah benar, cerita ini memberi motivasi pada penonton.

Kisah suka duka seorang anak gadis Jepun sedari kecil sehingga menjadi nenek.  Semangat dan kekuatan yang ada pada dirinya yang sangat membanggakan.

Kisah jatuh bangun perniagaan yang diusahakan.  Cerita ni aku tonton ketika aku bersekolah menengah.  Dah lama tapi masih terpahat dalam memori ni.

Kredit kepada groink groinkcaps.com
Inilah pendokong watak Oshin tiga generasi

Medan, Indonesia - Hari Pertama

Teks : Iliza binti Ibrahim

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua

Hari ni nak bercerita kisah aku ke Medan Indonesia.  Kisah ni dah lama, tahun 2011.  Kami seramai tujuh ke lapan orang telah merancang nak ke Medan.  Masing-masing beli tiket sendiri pada tarikh yang ditetapkan.  Aku dan suami pun beli tiket 'online', esoknya bila bertanya pada kawan-kawan, masing-masing tak jadi pergi, tiket mahal katanya. Aku belum pernah lagi ke Indonesia.

Sedih jugak.  Ingatkan nak bercuti ramai-ramai.  Takpelah, kita hanya merancang, perancangan Allah itu lebih baik.

Akhirnya pada 18.6.2011 petang, sampai juga kami di Lapangan Terbang Polonia, Medan.

Pemandu teksi dan suamiku
Terus ambil teksi untuk ke hotel.  Lupa pulak nama hotel.  Dalam perjalanan kami singgah makan di salah sebuah restoran.

Inilah makanan pertama kami di Medan
Sedap jugak.  Masakan kampung.  Selesai makan, kami teruskan perjalanan.  Mula-mula sampai disini, aku rasa pelik sebab pemandu-pemandu disini suka tekan 'hon', walaupun pada masa tu kereta sedang berhenti dan lampu isyarat berwarna merah.  "Kalau tiada bunyi hon, bukan indonesia, pak" kata pemandu atau pak supir pada suamiku ketika diajukan soalan.

Sampai di hotel, kami berihat seketika. Usai solat jamak, kami bergegas keluar, nak melawat sekitar. Kami kelaur hotel berjalan kaki, sehingga sampai ke Istana Maimun.  Tapi sayangnya, dah tutup. Kami sampai lewat petang.  Melawat kat luar je la.

Istana Maimun

Perkarangan Istana Maimun
Posing depan Istana Maimun

Disekitar Istana Maimun ni terdapat ramai peniaga rupanya.  Untuk tidak menghampakan selera kami ni, jadi kami singgahla merasa makanan disini.


Macam cendol tapi sangat manis
Satay ayam.  Kuahnya rasa macam sup.  Sedap.
Masjid Raya Al Mashun
Perjalanan balik, kami naik beca sebab hari makin gelap
Ini baru hari pertama perjalanan kami.  Alhamdulillah, sampai jugak kami ke Kota Medan.